Lewat 12 Hari, Yatt Hamzah Akhirnya Terima Puteri Ketiga - Berita Hiburan | mStar

Lewat 12 Hari, Yatt Hamzah Akhirnya Terima Puteri Ketiga

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2018 11:21 AM

Yatt selamat melahirkan puteri ketiganya pada Isnin. Foto Instagram: @yatthamzah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas terlewat 12 hari dari hari yang dijangka lahir, pelakon Yatt Hamzah akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal.

Yatt, 38, melahirkan anak ketiganya di sebuah hospital wanita dan kanak-kanak di Wangsa Maju dekat sini kira-kira 12.10 tengah hari, Isnin.

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah memuat naik foto bersama bayinya seberat 3.33 kilogram itu menerusi laman Instagramnya.

"Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara normal di Hospital Naluri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Yatt 'Sorok' Hamil Anak Ketiga?

Yatt memuat naik foto pertama dengan puterinya.

"Kira-kira pukul 12.10 tengah hari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.

"Bonda dan baby girl #babyYH seberat 3.33 kilogram dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah," tulisnya.

Tambah Yatt lagi, dia dan keluarga meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi mereka dan mengucapkan terima kasih atas doa serta sokongan semua orang.

Malah, Yatt turut memohon doa agar puterinya itu akan menjadi seorang muslimah yang solehah, hafizah Quran dan seorang hamba yang taat kepada Allah.

"Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Yatt bersama suami dan anak-anak.

"Terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial.

"Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih lagi Muttaqin. Amin," katanya.

Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 27 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima pada 27 Disember tahun lalu.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

Tags / Kata Kunci: Yatt Hamzah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan