“Suami Saya Kuat Cemburu” - Hanez Suraya - Berita Hiburan | mStar

“Suami Saya Kuat Cemburu” - Hanez Suraya

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2018 6:20 AM

Hanez dan suami, Romie.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Hanez Suraya mendedahkan suaminya iaitu Romie Razin Adilha Abd Rais merupakan seorang lelaki yang kuat cemburu.

Hanez, 33, berkata, agak sukar untuk dia menerima cara suaminya itu pada awal perkahwinan, namun kini dia sudah boleh mengikut rentak tersebut.

"Saya akui suami memang kuat cemburu. Saya memang tak boleh nak keluar rumah sebarangan dan kalau boleh kena ada bersamanya sentiasa.

"Sejujurnya, masa awal perkahwinan dahulu, saya tak boleh terima tahap cemburu dia itu. Tapi apabila dah ada anak ini, saya dah boleh terima dan secara sendiri saya lebih fokus kepada keluarga.

Hanez banyak meluangkan masa dengan suami dan anak.

"Sekarang ini, sebelum pukul 3 petang saya dah kena balik rumah untuk ambil anak di sekolah dan waktu lebih kepada keluarga," katanya kepada mStar Online.

Hanez Suraya dan Romie, 37, berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Hanez berkata suaminya turut mengharapkan dia menyediakan makanan untuk keluarga dan berada di rumah selepas pulang dari kerja.

"Suami saya memang nak makan di rumah sahaja, jadi saya akan masak setiap hari dan kalau boleh dia nak semua orang ada dekat rumah selepas balik kerja.

Hanez rindu mahu berlakon semula.

"Soal anak dan penyediaan makanan semuanya saya yang urus sendiri dan kini tak kekok lagi menguruskan hal keluarga," katanya.

Bercakap mengenai karier seni, aktres ini meluahkan perasaan rindu untuk beraksi dihadapan kamera.

Dia turut berharap ditawarkan sebuah watak yang lebih berat dan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

"Sejujurnya, saya rindu sangat nak berlakon semula. Bidang seni ini memang jiwa saya dan tak boleh nak tinggalkan terus.

"Kalau diberi peluang berlakon, saya teringin membawakan watak yang lebih berat dan boleh meninggalkan kesan kepada penonton," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hanez Suraya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan