Suria Bawa Artis Jelajah Seremban Esok - Berita Hiburan | mStar

Suria Bawa Artis Jelajah Seremban Esok

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2018 12:15 AM

Penyampai radio Suria dan artis jemputan menghiburkan peminat pada Jelajah Suria.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kekal membawakan objektif sebagai tanda terima kasih atas sokongan pendengar Suria, siri Jelajah Suria diteruskan untuk tahun 2018.

Selepas dua lokasi di Taiping dan Putrajaya pada 10 dan 17 Mac lalu, kini Jelajah Suria bakal menggamatkan dua lokasi terakhir iaitu di Seremban dan Johor Bahru.

Pada 24 Mac ini bermula pada pukul 2 petang, bertempat di Mydin Seremban 2, pendengar boleh menemui penyampai-penyampai Suria seperti Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Zulin Aziz, Feeya Iskandar, Bob Ringgo, Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Selain penyampai radio turut menampilkan barisan artis jemputan seperti Azaharia, Ramlah Ram, Ameng Spring, Asfan, Xpose Band, Daniesh dan Arif Bahran yang bakal membuat persembahan.

Pada 31 Mac pula, bertempat di Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan oleh Ezad Lazim, Projector Band, Farah Hezel, Aman Aziz dan Daniesh.

Peminat yang hadir memeriahkan Jelajah Suria.

Selain dapat bertemu bersama artis dan penyampai Suria, pengunjung juga berpeluang memenangi wang tunai, barangan eksklusif Suria serta hadiah misteri melalui permainan pentas dan pertandingan karaoke yang dianjurkan.

Sejak memperkenalkan tagline ‘Segalanya Hiburan’, stesen radio Suria kerap turun padang bertemu peminat di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur dan Utara tanah air.

Malah, Suria juga bergiat aktif dalam menghasilkan siri seperti Jangan Tutup Lampu, Suria Jam, Apa Itu Cinta, Sensasi Suria dan yang terbaru siri travelogue Kembara Lagu Untuk Laila.

“Alhamdulillah... Melalui Jelajah Suria, jenama Suria semakin dikenali bukan sahaja melalui radio, malah melalui portal hiburan kami di suria.my yang menawarkan pengisian digital yang terbaru lagi menarik,” ujar Pengurus Program Suria, DJ Lin

Tags / Kata Kunci: Jelajah Suria
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan