“Tambah Tak Apa, Jangan Buang Isteri” - Suami Adira Komen Perceraian Ude - Berita Hiburan | mStar

“Tambah Tak Apa, Jangan Buang Isteri” - Suami Adira Komen Perceraian Ude

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2018 6:30 AM

Datuk Red bersama isterinya yang dikenali sebagai Datin Red dan salah seorang anak mereka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ushawan dan suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu yang melalui kehidupan berpoligami menganggap perceraian bukanlah jalan terakhir bagi sebuah rumah tangga yang bermasalah.

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 40, berkata, nasib dan masa depan anak-anak adalah perkara utama yang perlu difikirkan jika terjadinya keruntuhan rumah tangga.

Dia yang pernah mengalami situasi tersebut pada perkahwinan pertamanya mengakui menyesal dengan tindakan kurang matang dilakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Terima Talak Satu, Ude Milik Izreen Sepenuhnya

ARTIKEL BERKAITAN: “Intan... Hentikanlah Drama Air Mata! Izreen Tak Salah” - Bekas Suami

"Saya pernah melalui perceraian pada perkahwinan pertama dan ia sangat-sangat memedihkan dan saya menyesal terutama apabila melihat anak-anak dibesarkan oleh bekas isteri.


Datuk Red berkahwin dengan Adira pada 3 Disember 2015.

"Ketika itu umur saya muda dan tidak matang, setahun juga saya bersedih dan rasa bersalah dengan dua anak saya biarpun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas bercerai tapi ia tidak sama macam kita besarkan sendiri depan mata.

"Kalaulah ada mesin yang boleh ulang masa saya sanggup beli mahal macam mana pun, sekarang prinsip saya biar tambah isteri, jangan buang isteri," ujarnya kepada mStar Online.

Adnan pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian iaitu setahun sebelum berkahwin dengan Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red.

Pada perkahwinan pertama itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun.

Selepas dengan Datin Red, Adnan memilih Adira sebagai isteri terbaharu.

Adnan meluahkan pendapatnya terhadap tindakan pemuzik Ude menceraikan isterinya Intan Liana Saleh dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pagi Khamis.

Ude menceraikan Intan dengan talak satu pagi Rabu.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Sementara itu, Adnan menasihatkan Ude agar tidak melepaskan tanggungjawab dan bebanan anak-anak di bahu bekas isterinya.

"Saya benci kepada perkataan cerai tapi saya akui jodoh pertemuan itu Allah sudah tetapkan, mungkin jodoh mereka sampai sini tapi nasihat saya tolong jangan abaikan anak-anak.

"Saya seorang yang sayangkan anak-anak, bila berlaku sesuatu masalah dalam rumah tangga saya akan fikir anak saya dulu, jangan fikir diri kita sahaja," ujarnya.

Tambahnya, dia juga sudah menasihati isteri-isterinya agar tidak sesekali mengungkapkan perkataan cerai jika berhadapan masalah.

Banyak cara lain yang boleh mengelakkan berlaku perceraian dan berbincang adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik.

Ude berkahwin dengan Izreen pada Ogos lalu.

Bercakap tentang kecaman netizen, Adnan berkata, ia adalah risiko yang diambil selepas mengambil keputusan berkahwin dengan selebriti.

Namun, katanya, ia terpulang kepada seseorang individu itu untuk mengawal situasi agar tidak memberi kesan kepada rumah tangga yang dibina.

"Nak cakap pasal tekanan netizen itu adalah cara kita mengawalnya, dia memilih untuk berkahwin dengan artis dan tahu akibatnya," ujarnya.

Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red, mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Tags / Kata Kunci: Datuk Red , Ude , Izreen Azminda , Intan Liana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan