Hampir 1 Juta Dengar Suara Merdu Fatimah Menangis - Berita Hiburan | mStar

Hampir 1 Juta Dengar Suara Merdu Fatimah Menangis

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 1:09 PM

Siti Nurhaliza kongsi video pakaian pertama anaknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah video yang memperdengarkan suara bayi menangis yang dikongsi oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza pada pagi Rabu mendapat perhatian netizen.

Siti, 38, menerusi video berkenaan juga berkongsi pakaian pertama yang dipakai anaknya pada Isnin lalu.

"Pakaian pertama anakanda tersayang pada 19 Mac 2018. Alahai kenapa menangis tu sayang? Berlatih vokal ker? #BabyCTDK" tulisnya di Intagram.

Kapsyen mencuit hati itu telah mendapat pelbagai reakis netizen yang menganggap ia sebagai lucu.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak Pendarahan, Siti Nurhaliza Masih Ditahan Dan Maafkan Penyebar Foto

ARTIKEL BERKAITAN:Jurusolek Minta Maaf Sebar Foto Bayi Siti Nurhaliza

Video itu juga menerima hampir satu juta tontonan dengan kira-kira 3,000 komen positif peminatnya.

Rata-rata teruja dan memuji suara tangisan itu sebagai comel dan merdu serta tidak sabar mananti hari untuk melihat wajah bayi berkenaan.

"Aduh nangis pun merdu, comelnya suara baby, semoga membesar dengan sihat dan selamat berpantang," ujar salah seorang netizen.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila wajah bayi berkenaan dipercayai milik penyanyi Segala Perasaan itu menjadi tular setelah disebarkan oleh seorang jurusolek.

Bagaimanapun, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dalam kenyataannya kepada mStar Online sudah memaafkan individu terbabit.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu.

Dalam masa seminggu bayi berkenaan akan menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza
Β Β Β 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan