Anak Bongsu Diana Danielle Tidak Gembira Ke Sekolah - Berita Hiburan | mStar

Anak Bongsu Diana Danielle Tidak Gembira Ke Sekolah

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 6:00 AM

Diana berkongsi pengalaman anaknya dihantar ke sekolah pada usia dua tahun. Foto Instagram: @dianadanielle.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datin Diana Danielle berkongsi pengalaman menghantar anak bongsunya, Aurora yang kini berusia dua tahun ke sekolah.

Diana, 27, berkata dia tidak lagi mendaftarkan Aurora ke sekolah selepas melihat anaknya itu tidak gembira selepas beberapa bulan.

"Aurora berusia dua tahun lebih dan selepas hantar dia ke sekolah untuk beberapa bulan, saya nampak dia masih tidak gembira untuk hadir.

"Jadi, saya buat keputusan untuk berhenti mendaftarkannya dan menghadiri kelas ibu dan anak-anak dalam seminggu sekali.

"Dia nampak lebih gembira dan kurang bimbang di waktu pagi (kesian dia), kadang-kadang hantar mereka ke sekolah waktu kecil akan rosakkan keseluruhan pengalamannya," kata Diana.

Jawapan Diana untuk pertanyaan pengikutnya.

Pengalaman tersebut dikongsi menerusi Instastory selepas Diana menerima soalan berkaitan anaknya daripada pengikut di laman sosial.

Selain itu, isteri kepada Datuk Farid Kamil ini juga memberitahu kanak-kanak memerlukan lebih banyak waktu untuk bermain.

Aurora juga akan mengikutinya ke tempat kerja serta menghabiskan masa bersama nenek dan bapanya supaya dapat belajar tentang ikatan hubungan baik dengan orang sekelilingnya.

"Untuk menjawab persoalan anda, kanak-kanak perlu waktu bermain yang banyak. Jadi, kita bagi dia untuk bermain dan meneroka, belum lagi aktiviti struktur sebenar.

"Ada hari dia akan ikut saya pergi bekerja dan menikmati suasana, kadang-kadang dia juga tinggal bersama neneknya dan gembira dapat meluangkan masa bersama.

"Ada kala juga, dia bersama suami saya dan gembira menjadi puteri. Ia tentang ikatan dan mewujudkan hubungan yang baik dengan orang-orang disekelilingnya," tulis Diana.

Diana sentiasa menjaga bentuk badannya.

Diana dan Farid berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Aurora.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang ingin tahu rahsia dan tip Diana mengekalkan tubuh badannya apabila tidak memakan nasi.

"Ya saya tak makan nasi tapi tak bermaksud saya berlapar. Saya tukarkan ke Quinoa dan Cous Cous, ia merupakan pengganti nasi putih yang mengenyangkan dan sama seperti nasi.

"Jadi, jangan berlapar, lakukan senaman seperti kelas menari, jika anda minat, atau yoga (saya suka yoga) atau mendaki dan berenang.

"Pilihan banyak, saya orang Malaysia yang sukakan makanan tapi ada waktunya saya tukar corak permakanan saya.

"Gabungkan lebih banyak sayuran dan makanan mempunyai air yang banyak. Paling penting, tidur yang baik. Rehat secukupnya. Insya-Allah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Datin Diana Danielle
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan