Zulin Jadi Mangsa Pembantu Rumah, Kepala Dihentak, Pukul Guna Penyapu - Berita Hiburan | mStar

Zulin Jadi Mangsa Pembantu Rumah, Kepala Dihentak, Pukul Guna Penyapu

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2018 12:25 PM

Zulin Aziz mendedahkan dia pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya ketika kecil.

(Ubah saiz teks)

TERKESAN dengan berita mengenai seorang amah yang menjadi mangsa dera majikan, penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz berkongsi kisah dia pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya sendiri ketika kecil.

Mendedahkan perkara itu di Twitter miliknya pada Isnin, Zulin memberitahu walaupun pelbagai kejadian menimpanya seperti kepalanya dihentak ke dinding, dipukul menggunakan penyapu namun keluarganya hanya bertindak menghalau pembantu rumah berkenaan.

"Kejamnya majikan dera amah ni... macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia ketika itu.

"Dulu masa kecil aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kepada arwah bapa.

Zulin berkongsi pengalamannya menjadi mangsa dera pembantu rumahnya ketika kecil di Twitter.

"Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk ke dinding, kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air... aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah," tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia pernah mengadu tentang perbuatan amah tersebut namun tiada siapa mempercayainya kerana wanita itu bersikap talam dua muka apabila berhadapan dengan orang lain dan keluarganya.

Kata Zulin, dia bernasib baik apabila jirannya menjadi saksi dia menjadi mangsa dera pembantu rumahnya dan menyifatkan ia kejadian ngeri dalam hidupnya.

"Aku mengadu seorang pun tak percaya sebab bibik bukan main baik depan mereka. Jiran aku selalu nampak dan dengar aku kena 'bantai'. Terima kasih jiran, walaupun wajah kau tak aku ingat tapi aku nak terima kasih sangat.

"Bila ingat balik Ya Allah, takutnya keadaan aku ketika itu. Mak ayah sibuk kerja, sering ke luar kawasan. Ish, tak mahu ingatlah. Tutup cerita," tulisnya lagi.

Tags / Kata Kunci: Zulin Aziz , Suria FM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan