Ibu-Bapa Dah Lepaskan Wani Kayrie - Berita Hiburan | mStar

Ibu-Bapa Dah Lepaskan Wani Kayrie

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2018 6:00 AM

Wani Kayrie mahu fokus kepada kerjaya nyanyian. FOTO IZZRAFIQ ALIAS.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Wani Kayrie memberitahu dia kini sudah mendapat kebebasan untuk bergerak atau keluar berkerja sendiri tanpa ditemani ibu bapanya.

Wani, 18, berkata, kedua-dua ibu bapanya memberi kepercayaan sepenuhnya dan yakin dia mampu menjaga diri dengan baik ketika berada di luar pengawasan mereka.

"Alhamdulillah selepas tamat zaman persekolahan dan di usia sudah mencecah 18 tahun ibu dan bapa saya benarkan saya bergerak sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: 7A Hadiah ‘Birthday’ Wani Kayrie

"Mereka beri kebebasan dan percaya saya mampu berdikari dan menjaga diri sendiri dengan baik," ujarnya kepada mStar Online, pada Sabtu.

Rakan artis yang hadir meraikan hari jadi Wani.

Wani ditemui pada majlis sambutan hari lahir ke 18 yang diadakan di Hotel Midah, di sini.

Penyanyi lagu Jangan-Jangan ini berkata, dia akan menggunakan kepercayaan yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Wani yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu belum merancang untuk menyambung pelajaran.

Katanya, dia mahu memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian terlebih dahulu.

"Saya simpan dulu hasrat untuk sambung belajar kerana ingin beri tumpuan kepada bidang nyanyian. Tahun lalu saya banyak berehat untuk fokus kepada SPM.

"Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan sambung semula dalam bidang yang saya minati iaitu bidang perniagaan dan akaun," ujarnya.

Wani bersama ibunya Rukiah Kalapukong.

Dalam pada itu, majlis hari jadi penyanyi itu diraikan kira-kira 150 tetamu yang juga peminat-peminat serta rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir ialah Farah Hazel, Sweet Qismina, kumpulan Xpose dan Sarah Fazny.

Tags / Kata Kunci: Wani Kayrie
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan