Dua Artis Wanita Tolak, Akhirnya Akim Nyanyi 'Stereotype' - Berita Hiburan | mStar

Dua Artis Wanita Tolak, Akhirnya Akim Nyanyi 'Stereotype'

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 6:30 AM

Kumpulan Akim & The Majistret.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas ditolak oleh dua penyanyi wanita, Akim akhirnya membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berjudul Stereotype bersama kumpulannya The Majistret sebagai single baharu mereka.

Akim berkata, pada awalnya melodi lagu itu disusun dan ingin diberikan kepada penyanyi wanita, namun kedua-dua penyanyi wanita itu menolak lagu berkenaan dengan alasan tertentu.

"Sebenarnya lagu ini dibuat untuk penyanyi wanita dan saya sudah tawarkan kepada dua orang penyanyi tapi dua-dua menolak kerana tidak sesuai dengan suara mereka.

"Jadi saya ambil keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu itu sebagai single baru kami," ujarnya.

Akim dan Stacy turut syarikat rakaman Rythm & Rhyme Entertainment.

Akim bersama kumpulannya The Majistret ditemui pada majlis pelancaran single terbaru berjudul Stereotype, di sini.

Kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Gjie, Freddy, Zimi, Afiez dan Wan.

Sementara itu, isteri kepada penyanyi itu iaitu Stacy berkata, dia memujuk suaminya untuk memberikan karya berkenaan untuk dirakam, namun ia ditolak oleh Akim.

Menurut Stacy, dia tertarik dengan melodi lagu terbabit yang dirasakan sesuai dengan vokal dan muzik nyanyiannya.

"Pertama kali dengar saya tertarik dan memang rasa lagu itu sesuai dengan saya.

"Tapi dia tidak mahu bagi saya dan mahu menyanyikan sendiri walaupun lagu itu sesuai dinyanyikan wanita," ujarnya.

Sementara itu, muzik video lagu ciptaan Akim dan Zimi  diadakan di Jeju Jungmun Resort, Pulau Jeju, Korea Selatan.

Lagu Stereotype terbitan Rythm & Rhyme Entertainment milik pasangan suami isteri popular itu kini boleh didapati di semua platform digital.

Tags / Kata Kunci: Akim & The Majistret , Stacy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan