Elfira Kata, Kebenaran Itu Menyakitkan - Berita Hiburan | mStar

Elfira Kata, Kebenaran Itu Menyakitkan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 12:29 PM

Elfira memilih untuk berdiam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy memuat naik status di Instastory seolah-olah menjelaskan kontroversi putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi yang sedang dilaluinya kini.

Menurut Elfira, dia tidak boleh untuk menjelaskan perkara sebenar berikutan kebenaran itu menyakitkan.

"Anda tidak faham kerana tidak berada dalam situasi ini. Kebenaran itu menyakitkan, itu sebab saya tidak bercakap menerusi hati kerana kenyataan itu menyakitkan.

"Terima kasih berdiri di sebelah saya tapi Allah tahu yang terbaik. Alhamdulillah Allah masih memberi saya kebahagian dan ketenangan. Sekurang-kurangnya saya tidak bercakap tentang kehidupan orang lain," tulisnya pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Masih Hubungi Sufian, Pengurus Minta Jangan Layan

ARTIKEL BERKAITAN:“Hari Pertama Menipu Sampai Saat Hujung Tanduk Pun Menipu” Kata Ibu Elfira

Instastory Elfira pada malam Jumaat.

Sebelum ini, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menerusi Instagram meluahkan beberapa perkara berkaitan isu pertunangan anaknya itu.

Perkara yang dibangkitkan itu telah mengundang rasa kurang senang pengurus Sufian iaitu Mahadhir Mohamed yang meminta pihak keluarga Elfira berhenti memburukkan artis jagaannya.

Mahadhir turut mendedahkan pelakon itu masih menghubungi Sufian biarpun pertunangan mereka secara rasmi sudah putus pada 18 Februari lalu.

Pasangan ini bertunang pada 6 Oktober lalu, namun putus pada 18 Februari lalu.

Sementara itu pada status lain, Elfira berkata tindakan berdiam adakala menjadi jawapan yang terbaik.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu perkara yang diperkatakan.

"Kadang-kala berdiam adalah jawapan terbaik. Tapi ia tidak bermakna saya setuju atau tidak setuju dengan sesuatu perkara itu," ujarnya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin kepada pihak lelaki.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Elfira Loy , Sufian Suhaimi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan