Harap Tumpang ‘Tak Tun Tuang’, Andi Bernadee Dikatakan Hilang Populariti - Berita Hiburan | mStar

Harap Tumpang ‘Tak Tun Tuang’, Andi Bernadee Dikatakan Hilang Populariti

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2018 6:10 AM

Andi tidak putus asa bergelar penyanyi. Foto: SYAZANA ABD SHUKUR / The Star

(Ubah saiz teks)

MULA dikenali menerusi nyanyian parodi lagu Tak Tun Tuang pada tahun lalu, penyanyi Andi Bernadee dikatakan kini semakin hilang populariti.

Bagaimanapun, Andi, 26, berkata dia tidak berkecil hati dengan dakwaan netizen itu dan enggan ambil pusing kritikan negatif tersebut.

"Saya tak peduli dengan komen negatif orang yang kata saya semakin 'sendu' dan hanya menumpang populariti lagu viral Tak Tun Tuang.

"Saya tak kecil hati pun bila ada yang cakap begitu kerana sebagai penyanyi pasti ada pasang surut. Walau apa berlaku saya akan teruskan juga karier ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda Ada Peluang Dekati Andi Bernadee

Andi tak kecil hati dituduh semakin hilang populariti.

"Sekarang ini, kalau kita tengok ramai bakat baharu yang muncul, jadi tak mustahil persaingan itu lebih sengit," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Andi berkata dia masih ada kelompok peminat tersendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

Malah, penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf ini memaklumkan rakaman semula lagu (cover) yang di muat naik di laman sosial masih mendapat sambutan penonton.

Andi rancang keluarkan single baharu tidak lama lagi dan ingin bergelar seorang pelakon.

"Buat masa ini saya masih lagi buat cover lagu penyanyi lain dan muat naik di laman YouTube. Sambutan masih sama dan jumlah penonton terus bertambah.

"Daripada tak ada buat apa-apa dan hanya duduk diam, lebih baik saya teruskan dengan buat cover lagu penyanyi lain.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan peminat yang tak henti memberi sokongan dan menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkarya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Andi memberitahu dia dan pihak pengurusan merancang untuk mengeluarkan single terbaharu dalam tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Andi Bernadee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan