Dah Dua Kali Kena Godam - Elly Mazlein - Berita Hiburan | mStar

Dah Dua Kali Kena Godam - Elly Mazlein

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2018 7:34 AM

Elly terpaksa membuat akaun baharu selepas Instagramnya digodam. Foto SYAZANA ABD SHUKUR

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein terpaksa membuka laman sosial Instagram baharu selepas akaunnya yang menggunakan nama @iamellymazlein digodam sejak seminggu lalu.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, berkata, dia menyedari akaun yang mempunyai 700,000 pengikut itu menjadi mangsa penggodam apabila kata laluan yang dimasukkan tidak sah.

ARTIKEL BERKAITAN: Buah Dada Nampak Besar Kerana Bengkak Susu Kata Elly Mazlein

“Ini kali kedua akaun Instagram saya kena godam tetapi kali ini lebih teruk kerana login dan kata laluan sudah ditukar.

“Laporan juga sudah dibuat bagi mendaptkan kembali akaun saya namun nampaknya ia masih belum berhasil.

Elly bergandingan dengan Haziq sebagai hos Mentor Otai.

“Jadi saya ambil keputusan untuk buka akaun baharu sahaja menggunakan nama @ellymazlein_official,” katanya.

Elly ditemui pada sidang media program Mentor Otai yang diadakan pada Selasa.

Bekas peserta program Gegar Vaganza itu bakal bertindak sebagai hos pertandingan bersama-sama penyampai radio, Haziq Hussni.

Dalam pada itu, Elly berkata, dia masih berharap akaun tersebut dapat dikembalikan dan sedang berusaha untuk mendapatkannya semula.

"Ramai yang masih tidak tahu yang akaun saya itu kena godam kerana jika anda buat carian ia masih ada cuma saya tidak boleh akses ke akaun itu.

Elly positif terhadap kritikan diberikan kepadanya.

"Harap-harap penggodam dapat mengembalikan akaun itu tetapi saya tetap buat akaun baru dan sehingga kini baru dapat lebih 1,000 pengikut," jelasnya.

Bercakap mengenai penglibatannya sebagai hos Mentor Otai, Elly berkata, dia mengambil peluang diberikan produksi sebagai tanggungjawab dalam mempelbagaikan lagi bakatnya dalam bidang seni.

Kata Elly, dia terbuka sekiranya kemunculannya itu nanti mendapat kritikan penonton kerana menganggap ia adalah proses memperbaiki diri.

“Alhamdulillah saya ambil peluang diberikan ini sebagai satu tanggungjawab besar dan akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang tujuh minggu Mentor Otai berlangsung.

Barisan Mentor Otai.

"Apa yang boleh saya katakan saya akan jadi diri sendiri ketika berada di pentas.

Sekiranya ada pihak mengkiritik, saya terima kerana sebagai orang baru dalam pengacaraan kita perlu ambil kira komen orang lain," katanya.

Mentor Otai akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula 18 Mac ini.

Program itu turut menampilkan empat mentor iaitu penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider manakala komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Mark Adam pula bertindak sebagai juri tetap.

Tags / Kata Kunci: Elly Mazlein , Mentor Otai
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan