Mia Ahmad Mohon Maaf, Kini Sudah Hamil - Berita Hiburan | mStar

Mia Ahmad Mohon Maaf, Kini Sudah Hamil

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2018 9:49 PM

Mia berkongsi kegembiraan dirinya kini sudah hamil. Foto Instagram Mia Ahmad

(Ubah saiz teks)

IMPIAN aktres Mia Ahmad untuk memiliki cahaya mata bakal tercapai apabila dia disahkan hamil.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Mia berkata awalnya dia agak bimbang untuk memaklumkan tentang kehamilan itu kerana pernah mengalami keguguran beberapa bulan lalu.

"Dengan penuh kesyukuran, saya ingin mengumumkan saya kini sedang hamil, takut juga mahu umumkan tentang ini kerana pernah keguguran beberapa bulan lalu.

"Tetapi, ia membuatkan saya lebih kuat dan memberanikan diri untuk memberitahu semua orang tentang kehamilan ini.

"Saya harap semua orang memahami keadaan saya dan minta maaf jika ada di antara kamu yang terkejut dengan hal ini," tulisnya pada Selasa.

Perkongsian Mia di Instagramnya pada Selasa.

Sementara itu, Mia memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa menolak beberapa program berkaitan kerana perlu menjaga kesihatan di awal kandungan.

"Saya ingin mohon maaf kepada semua produksi kerana terpaksa tolak tawaran lakonan, penggambaran, penampilan majlis, temuramah dan sebagainya kerana perlu menjaga kesihatan.

"Saya juga mohon maaf kepada pihak media kerana tidak membalas panggilan telefon dan Whatsapp dihantar.

"Saya harap perjalanan kehamilan saya akan berada di dalam doa anda dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin," tulisnya.

Bagaimanapun, dalam muat naik tersebut Mia tidak menyatakan usia kandungannya.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi berkahwin dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Tags / Kata Kunci: Mia Ahmad , Izham Tarmizi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan