Rosyam Teringat Isteri, Anak Selepas Diarahkan Lompat Dari Tingkat 7 - Berita Hiburan | mStar

Rosyam Teringat Isteri, Anak Selepas Diarahkan Lompat Dari Tingkat 7

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2018 6:30 AM

Rosyam Nor tampil dengan filem terbaharunya KL Special Force. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datuk Rosyam Nor mendedahkan dia terpaksa melompat dari tingkat tujuh sebuah bangunan sebanyak lapan kali bagi menjayakan sebuah babak dalam filem terbaharu lakonannya, KL Special Force.

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 51, berkata, walaupun ada disediakan pelakon aksi untuk menggantikannya namun pengarah filem itu, Syafiq Yusof tetap berdegil untuk dia melakukan sendiri aksi berbahaya itu.

"Saya pada awalnya memang takut sebab memikirkan usia selain isteri dan anak-anak di rumah jika berlaku apa-apa.

Rosyam puji lakonan Fattah Amin dalam KL Special Force.

"Tetapi Syafiq seorang yang degil dan jika dia mahukan sesuatu itulah yang kita kena buat dan kerana kedegilannya itulah saya terpaksa terjun daripada sebuah bangunan daripada tingkat tujuh dan babak itu dilakukan sebanyak lapan kali!

"Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya tetapi Alhamdulillah selepas melihat hasil akhirnya saya bersyukur saya lakukan sendiri aksi berbahaya itu," katanya.

Selain Rosyam, KL Special Force turut menampilkan barisan pelakon seperti Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson, Sabrina Ali, Puteri Balqis,Mahmud Ali Basyah, Shaharuddin Tambi, Esma Daniel, Liza Abdullah, Ramona Zam Zam, Rafiq Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Siraj Alzakap dan Ruzzlan Abdullah Shah.

Ia sedang ditayangkan di pawagam sejak Jumaat lalu.

Pengarah KL Special Force, Syafiq Yusof.

Bagaimanapun kata Rosyam kedegilan yang ditunjukkan oleh Syafiq dalam menyiapkan karya tersebut membuatkan dia sebagai pelakon bangga dengan hala tuju dan wawasan pengarah muda itu.

"Benar dia sangat degil tetapi kedegilan itulah yang saya hormat dan suka padanya kerana tidak ramai anak muda yang mampu buat seperti apa dia lakukan," katanya.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, KL Special Force disifatkan sebagai sebuah karya yang berjaya meningkatkan jenama 'Rosyam Nor' sebagai pelakon dalam industri perfileman tempatan.

Barisan pelakon yang menjayakan filem KL Special Force.

Malah Rosyam menganggap kemunculannya dalam filem ini sebagai satu sejarah peribadi kerana pada usia 51 tahun dia masih mampu berlakon dalam sebuah filem aksi yang hebat.

"Daripada pengarah, krew produksi harus saya ucapkan terima kasih kerana berjaya buat saya nampak hebat dalam layar skrin.

"Sebagai pelakon saya teruja kerana ada naskhah yang boleh saya banggakan sepanjang 36 tahun karier seni saya sebagai pelakon," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rosyam Nor , KL Special Force , Syaifq Yusof
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan