Nassier Wahab Jumpa Doktor 3 Bulan Sekali Mahu Pastikan Sihat - Berita Hiburan | mStar

Nassier Wahab Jumpa Doktor 3 Bulan Sekali Mahu Pastikan Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2018 6:35 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Datuk Nassier Wahab akan bertemu doktor sekurangnya tiga bulan sekali bagi melakukan pemeriksaan kesihatan supaya dirinya sentiasa sihat.

Nassier,56, berkata dia amat mementingkan kesihatan memandangkan umurnya sudah mencecah 50 tahun ke atas dan ia sebagai langkah menggelak daripada sebarang penyakit.

"Bagi saya kesihatan itu sangat penting lagi-lagi bila umur sudah mencecah 50 tahun ke atas. Kena jaga badan kita untuk sentiasa sihat dan elak daripada sebarang penyakit yang tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis Dengar Nassier Wahab Laung Azan

Nassier Wahab muncul dengan album baharu berjudul Dunia Cinta.

“Sebab itu, saya akan bertemu doktor tiga bukan sekali untuk melakukan pemeriksaan darah bagi melihat apa yang perlu saya jaga seperti pemakanan,” kata Nassier kepada mStar Online.

Nassier ditemui ketika hadir ke Menara Star untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Dunia Cinta pada Rabu lalu.

Dalam pada itu bercakap mengenai album terbaharunya itu, ia menampilkan empat buah lagu dan kesemua lagu tersebut mendapat sentuhan daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka.

Proses rakaman dilakukan di Bandung pada tahun lalu.

Dia sudah merancang pembikinan album itu sejak dua tahun lalu namun ia tidak dapat diselesaikan kerana kesibukannya memenuhi undangan persembahan selain tidak mendapat lagu sesuai.

Nassier turut merakamkan semula lagu nyanyian Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu.

“Perancangan untuk menerbitkan album hampir dua tahun lalu tapi memandangkan kesibukan dan sukar mendapat lagu-lagu yang sesuai dengan saya jadi ia mengambil masa lebih lama.

“Akhirnya saya berpeluang mendapat lagu daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka dan kesemua lagu serta video muzik dirakam di Bandung pada 26 Novemver hingga 2 Disember tahun lalu,” katanya.

Album tersebut mengandungi empat buah lagu ciptaan Syahrul Elmoka iaitu Sajak Cinta, Cemburu, Dunia Cinta, Tentang Cinta dan Nassier turut merakam semula lagu popular kumpulan Projektor Band, Sudah Ku Tahu.

Tags / Kata Kunci: Nassier Wahab , Dunia Cinta
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan