Siapa Paling ‘Meletop’ Antara DJ Lin Dan 4 Lelaki? - Berita Hiburan | mStar

Siapa Paling ‘Meletop’ Antara DJ Lin Dan 4 Lelaki?

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2018 6:05 AM

DJ Lin tidak menyangka tercalon dalam AME2018 dan menjadi wanita tunggal untuk pencalonan kali ini. Foto: KAMARUL ARIFFIN / The Star

(Ubah saiz teks)

PERTARUNGAN hebat buat seorang wanita. Itulah yang boleh diumpamakan apabila penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin satu-satunya calon wanita yang akan 'bertarung' dengan empat lelaki.

Pertarungan itu bagi menguji siapakah lebih Meletop dalam Anugerah Meletop ERA 2018 (AME2018) yang akan diadakan pada 8 April depan.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 41, dia terkejut diumumkan sebagai calon lima terbaik Penyampai Radio Meletop semasa sidang media pengumuman calon akhir AME2018 yang berlangsung di Timbre @ The Row, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Sejujurnya, saya agak terkejut apabila nama saya dicalonkan untuk tahun kedua bagi kategori tersebut kerana dalam senarai awal ada banyak penyampai lain yang hebat.

"Lebih membuatkan rasa terharu ialah saya merupakan satu-satunya deejay wanita yang dicalonkan untuk penganjuran AME2018 kali ini.

"Alhamdulillah, semua ini saya anggap sebagai rezeki dan berkat sokongan peminat dan pendengar Suria FM yang mengundi," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Ungguli Pencalonan AME2018, Fattah & Neelofa Rebut Dua Kategori

DJ Lin.

Dalam kategori tersebut, DJ Lin bersaing dengan Jep dari Sinar FM dan tiga penyampai Era FM iaitu Fad, Johan dan Radin.

Sementara itu, DJ Lin berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk meraih kemenangan dalam AME2018.

Ujarnya, tercalon sebagai lima terbaik sudah memadai dan membuktikan peminat masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus mengendalikan segmen Suria Cinta.

"Menang atau kalah itu adat bertanding dan saya tak letak harapan tinggi. Kalau ada rezeki tak kemana dan apa yang penting saya dapat bawa jenama Suria FM di tahap lebih tinggi.

Antara finalis pencalonan akhir AME2018.

"Apabila dicalonkan kita bukan sekadar mengangkat nama sendiri tetapi dalam masa sama, nama stesen kita bertugas dan syarikat Star Media Radio Group," katanya.

Selain kategori Penyampai Radio MeleTOP, program Suria Cinta yang dikendalikan DJ Lin turut tersenarai sebagai calon untuk kategori Program Radio MeleTOP.

Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29 (APBH29) pada 2016, DJ Lin buat pertama kalinya memenangi Penyampai Radio Popular.

Anugerah MeleTOP Era 2018 bakal diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Maya HD (134) pada pukul 9 malam.

Untuk memilih DJ Lin, pembaca mStar Online boleh klik pautan UNDI DI SINI dan lakukan undian dengan memilih kategori Penyampai Radio Meletop. 

Tags / Kata Kunci: DJ Lin , Suria FM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan