Minta Maaf Tak Perlu Perli Orang Alim Ke Tak! - Berita Hiburan | mStar

Minta Maaf Tak Perlu Perli Orang Alim Ke Tak!

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2018 3:18 PM

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli berharap permohonan maaf dibuat pengarah Michael Ang berhubung dakwaan memperlekeh agama Islam adalah ikhlas.

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli berharap permohonan maaf yang dibuat pengarah Michael Ang berhubung isu keceluparan mulutnya tentang pelancaran tudung milik aktres Neelofa di sebuah kelab malam di ibu negara baru-baru ini adalah ikhlas.

Jurey berkata, beliau berharap permohonan maaf itu bukan dibuat kerana bimbang kehilangan pengikut di laman sosial dan Michael perlu sedar isu yang disentuh adalah perkara sensitif melibatkan bangsa dan agama.

"Saya harap permohonan maaf dibuat Michael adalah ikhlas dan bukannya kerana terpaksa kerana bimbang kehilangan pengikut.

"Mohon maaf tidak perlu memerli sama ada orang alim atau pun tidak sebaliknya ambil teguran, kritikan secara positif kerana keceluparannya itu melibatkan isu sensitif.

ARTIKEL BERKAITAN: "Buat Tahlil Di Kelab Malam" Heret Michael Ang Dikecam Netizen

Michael membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram. 

"Jangan sampai ada pihak seperti NGO yang tampil buat laporan polis terhadapnya gara-gara isu ini," katanya kepada mStar Online.

Michael menjadi sasaran netizen apabila didakwa memperlekehkan agama Islam apabila mendakwa mungkin tiada masalah jika dia mahu menyewa pusat hiburan tempat Neelofa melancarkan tudungnya untuk mengadakan majlis tahlil selepas ini.

Pengarah drama itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak bermaksud untuk menghina mana-mana individu atau mempersenda agama Islam selain membuat permohonan maaf.

"Mungkin saya salah guna ayat dalam video itu, maksud saya tempat itu untuk acara, apa-apa nak buat pun dia akan sewakan. Itu sahaja maksud saya.

Neelofa memilih sebuah kelab malam sebagai lokasi pelancaran koleksi tudung baharu sehingga mengundang kontroversi.

"Tapi, saya tersalah cakap boleh buat tahlil di lokasi itu, mungkin saya patut cakap sambutan hari jadi ke, bersanding ke. Saya tersalah bagi contoh," katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jurey meminta Michael dan penggiat seni lain menggunakan laman sosial untuk perkara berfaedah dan bukannya membawa kepada perbalahan.

"Berhati-hati dalam berkata-kata. Semoga menjadi pengajaran kepada semua anak seni.

"Gunakanlah kelebihan pengikut yang beratus ribu itu untuk mewujudkan keharmonian kaum dan perkara-perkara membawa kepada kebaikan bersama," ujarnya.

Damian meminta masyarakat menerima permohonan maaf yang dibuat Michael.

Sementara itu, komposer dan bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail yang sebelum ini menyelar tindakan Michael di Facebook miliknya berharap masyarakat menerima permohonan maaf dibuat Michael.

Kata Damian, setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan berharap Allah memberikan hidayah kepada pengarah itu.

"Dia (Michael) sudah pun meminta maaf dengan ikhlas dan daripada lubuk hatinya. Kita perlu hormati dan terima.

"Kita semua maafkanlah beliau. Manusia tak lari daripada kesilapan termasuk saya dan semua di sini. Semoga Allah terus memberi hidayah dan keberkatan kepada anda Michael Ang," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Michael Ang , Jurey Latiff Rosli , Neelofa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan