Tidak Tahan Dikutuk Mungkin Punca Instagram Izreen ‘Hilang’ - Berita Hiburan | mStar

Tidak Tahan Dikutuk Mungkin Punca Instagram Izreen ‘Hilang’

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2018 4:47 PM

Instagram milik Izreen tidak dapat dicari sejak pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA dihentam teruk oleh netizen di laman sosial, pelakon Izreen Azminda dipercayai mengambil keputusan menyahaktifkan laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen mempersoalkan kehilangan akaun dengan nama @izreen.azminda itu apabila akaun itu tidak dapat dicari di sejak pagi Jumaat.

Tindakan memadam akaun tersebut dipercayai berikutan kecaman dan kritikan yang diterima pelakon tersebut berikutan suaminya Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude berhasrat menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda Terima Cacian Suami Mahu Cerai Isteri Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Bakal Jadi Isteri Pertama, Ude Mahu Ceraikan Intan

Izreen dan Ude berkahwin secara tertutup pada 8 Ogos tahun lalu.

Ketika kisah perkahwinannya dengan pemuzik bebas tersebut terbongkar tahun lalu, Izreen yang juga isteri kedua Ude telah mengambil pendekatan menutup ruangan komen di laman tersebut bagi mengelak netizen melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

Justeru, disebabkan tiada pilihan untuk melepaskan kemarahan terhadap Izreen, netizen menjadikan akaun media sosial portal berita tempatan yang menyiarkan kisah rumah tangga mereka sebagai ruang melontarkan pendapat.

Menerusi Instagram mStar Online Official, ramai yang bertanyakan dimanakah akaun aktres itu dan ada yang memberikan cadangan beberapa akaun baharu dipercayai milik Izreen namun tidak dipastikan sama ada ia akaun rasminya atau bukan.

Selain akaun Instagram Izreen, suaminya juga didapati melakukan langkah serupa apabila akaun dengan nama @udewahid juga gagal ditemui.


Intan selaku isteri pertama tidak mampu menahan air mata apabila rumah tangganya bersama Ude bakal menemui jalan perpisahan.

Kontroversi terhadap Izreen kembali tercetus apabila Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu lalu bagi proses lafaz cerai yang kemudiannya ditanggungkan pada 22 Mac depan selepas peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Gara-gara peristiwa itu, ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017. Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

Tags / Kata Kunci: Izreen Azminda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan