Sedikit Je Seksi... Bukannya Tayang Payudara Kata Zizi Kirana - Berita Hiburan | mStar

Sedikit Je Seksi... Bukannya Tayang Payudara Kata Zizi Kirana

Diterbitkan: Ahad, 25 Februari 2018 6:30 AM

Foto dimuat naik Zizi di laman Instagram ini menerima kecaman netizen. Foto Instagram: @zizi_kirana

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA memuat naik foto seksi di laman Instagram, penyanyi Zizi Kirana atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Zizi The Fabulous Cat menerima kecaman netizen.

Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, berkata, foto terbaharu yang dikongsi bersama pengikut di laman tersebut tidak terlalu seksi dan bukannya memaparkan anggota tubuh badannya.

"Mana ada saya tayang payudara! Saya akui ia nampak sedikit seksi tapi memang itu cara pemakaian saya sejak dahulu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tercampak Telefon Gara-Gara Foto Lucah - Zizi Kirana

Zizi tidak mahu ambil pusing kecaman netizen.

"Saya bukan berbogel pun dan foto itu dimuat naik kerana mahu tag penaja baju tersebut. Saya masih tahu batas-batas dalam pemakaian.

"Apa yang peliknya, orang tak suka tapi ramai pula yang tengok dan likes gambar tersebut. Kalau rasa tak suka tak perlu nak tengok atau abaikan sahaja ya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Boleh Jalan ini turut menafikan dakwaan netizen mengatakan dia sengaja memuat naik gambar sedemikian untuk menggoda lelaki.

Malah, Zizi berkata, adalah tidak wajar meletakkan dirinya sebagai punca berlakunya gejala tidak bermoral kerana hal tersebut bermula daripada individu itu sendiri.

"Ada yang kata saya post gambar begitu kerana nak goda lelaki. Saya tak perlu itu semua dan kalau rasa tengok gambar macam itu dah tak boleh tahan, unfollow atau block sahaja.

"Janganlah fikir sampai ke tahap itu kerana anda tidak mengenali saya luar dan dalam. Apa yang saya pakai bukan menggambarkan siapa diri saya.

Berpakaian seksi bukan berniat untuk menggoda lelaki.

"Maaf cakap ya, kalau dalam pemikiran asyik fikir lucah dan seks semata-mata, itu punca gejala tidak bermoral berlaku. Semuanya bermula daripada individu itu sendiri," katanya yang enggan mengambil peduli komen netizen.

Bercakap mengenai lagu terbaharu, Zizi berkata dia bakal melancarkan dua buah lagu baharu berjudul Terkemuka dan Nak Ke Tak Nak.

Ia dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Zizi Kirana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan