“Allah Dah Makbulkan Doa Saya” - Saharul Ridzwan - Berita Hiburan | mStar

“Allah Dah Makbulkan Doa Saya” - Saharul Ridzwan

Diterbitkan: Selasa, 20 Februari 2018 6:30 AM

Saharul bersyukur dengan kehadiran dua insan tersayang dalam hidupnya. Foto Instagram @saharulridzwan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Saharul Ridzwan meluahkan rasa bersyukur dikurniakan dua insan tersayang yang disifatkan sebagai pelengkap dalam hidupnya.

Saharul, 29, berkata kehadiran isteri, Qaabila Deena dan anak mereka, Muhammad Luth Ali adalah amanah Allah yang wajib untuknya membimbing mereka sehingga ke syurga.

"Allah dah makbulkan doa hambaMu ini dengan hadirnya dua insan tersayang yang melengkapkan hidupku.

"Insya-Allah, wajib untukku bimbing dan membawa amanah Allah ini bersama-sama ke syurga," kata Saharul.

Saharul memuat naik pengkongsian tersebut menerusi laman Instagramnya dengan bersertakan foto isteri dan anak sulung mereka.

Keluarga bahagia Saharul.

Selain itu, Saharul juga berdoa agar Allah membantu dan memberikannya kekuatan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

"Allah Maha Mengasihani. Bantulah hambaMu yang lemah ini. Berikanlah kekuatan untuk aku menggalas tanggungjawab dengan keredhaanMu Ya Rabb. Amin," tulisnya.

Foto yang dimuat naik pada Isnin itu mendapat lebih 31,000 tanda suka (likes) dan lebih 80 komen yang positif daripada pengikutnya.

Rata-rata mereka turut mendoakan kebahagian keluarga pelakon drama Hati Perempuan itu dan memohon agar Allah memakbulkan doa yang baik.

Anak  lelaki Saharul, Ali turut mendapat perhatian pengikut di laman sosial.

"Alhmdulillah semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Terus dimasukkan ke dalam syurga terindah. Amin amin amin ya Allah.

"Amin... Semoga SR terus menjadi ketua keluarga yang baik, taat perintah Allah.

"Insya-Allah... Semoga Allah makbulkan niat baik semua suami dan semua isteri," tulis beberapa orang pengikut di laman sosialnya.

Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena pada 16 September 2016.

Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Saharul Ridzwan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan