“Hargai Bakat Saya Bukan Kecam!” - Aliff Syukri - Berita Hiburan | mStar

“Hargai Bakat Saya Bukan Kecam!” - Aliff Syukri

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 6:40 AM

Aliff Syukri terkilan apabila lakonannya dikritik hebat oleh netizen yang tidak menonton filem Badang.

(Ubah saiz teks)

AHLI perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman terkilan apabila menerima kritikan hebat daripada netizen mengenai lakonannya dalam filem Badang yang baharu sahaja ditayangkan di pawagam pada Khamis lalu.

Lebih mengecewakan kata Aliff, hentaman yang diterimanya adalah daripada mereka yang langsung tidak menonton filem tersebut dan ia adalah tidak adil buat dirinya.

"Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau?

"Kalau tak suka tak payah follow, hargai bakat saya bukannya kecam saya.

"Yang tidak menonton lagi tapi mengutuk tu memang tak boleh nak buat apa sebab memang kategori kaki kecam," tulisnya di Instagram.

Aliff bergandingan dengan Fasha dalam Badang.

Dalam pada itu, Aliff berkata, dia bukannya tidak boleh ditegur malah terbuka terhadap kritikan terhadap lakonan pertamanya itu.

Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana masih ada yang menggemari filem tersebut dengan pergi menonton di pawagam dan memberikan maklum balas positif kepadanya.

"Alhamdulillah walaupun ramai tak suka ada juga yang dah tengok dan sokong. Terima kasih kepada yang menonton.

"Pujian atau kecaman saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Badang adalah arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan pelakon seperti Fasha Sandha Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi.

Tags / Kata Kunci: Aliff Syukri , Fasha Sandha , Badang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan