Gara-Gara Foto Mesra, Peminat Minta Zul Ariffin & Neelofa Kahwin - Berita Hiburan | mStar

Gara-Gara Foto Mesra, Peminat Minta Zul Ariffin & Neelofa Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 12:04 PM

Neelofa dan Zul Ariffin kini berada di Rome, Itali bagi menjalani penggambaran drama terbaru mereka.

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN pengarah Michael Ang memuat naik foto babak mesra di antara pasangan pelakon Neelofa dan Zul Ariffin yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari di Rome, Itali mengundang pelbagai reaksi peminat.

Rata-rata tidak sabar melihat gandingan kedua-dua pelakon itu malah ramai mendoakan agar mereka bertemu jodoh bukan sahaja di dalam drama lakonan mereka tetap dalam dunia nyata.

Walaupun drama itu masih belum ditayangkan ramai mengatakan Neelofa dan Zul kelihatan serasi dan secocok sebagai pasangan.

"Semoga pintu hati Zul terbuka untuk Neelofa dan semoga impian Neelofa mahu berumah tangga pada 2018 tercapai.

Foto Zul dan Lofa mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

"Saya rasa lebih baik Neelofa dan Zul terus kahwin. Kan lebih bagus. Saya doakan abang dan kakak bahagia," itu antara 3,000 komen yang ditinggalkan peminat di Instagram Michael.

Ti Amor Sweetheart 100 Hari adalah sebuah karya adapatasi novel tulisan Suri Ryana dan ia gandingan pertama Zul dan Neelofa.

Lebih menarik, baru menjalani penggambaran sejak Jumaat lalu, peminat sudah mencipta tanda pagar gabungan nama pasangn itu, #zulofa dengan memuat naik koleksi foto mereka di Rome.

Bagaimanapun disebalik keterujaan peminat terhadap gandingan itu, ada pula peminat yang tidak besetuju dengan cara Zul dan Neelofa bergambar yang dianggap tidak bersesuaian sebagai wanita bertudung serta bergelar Hajah.

Antara kecaman dan kritikan di ruang komen foto tersebut.

"Maaf untuk cakap, sweet memang sweet tapi untuk pasangan halal ya. Ini dah menggalakkan maksiat dan menjadi contoh kepada generasai muda terutamanya remaja beragama Islam.

"Jadi, peminat sekalipun, jangan betulkan apa yang salah. Identiti wanita muslim dan gelaran Hajah itu biar di landasan yang betul," tulis salah seorang netizen.

Bagaimanapun, ada peminat berpendapat kecaman dan kritikan tersebut disebabkan mereka mempunyai perasaan dengki terhadap pengacara program Meletop itu.

"Banyaknya dengki dengan Neelofa. Chill sudah lakonan saja pun kenapa sakit hati tengok foto ini pun tak tahu. Patutlah rezeki Lofa semakin banyak sebab banyak sangat dengki dengannya.

Segelintir peminat yang berpendapat kritikan tersebut disebabkan hasad dengki.

"Cemburulah tu. Lofa semakin berjaya kot. Mereka tak boleh nak move on selagi Lofa tak jatuh. Well, haters gonna hate," komen peminat.

Sebelum ini, Zul pernah bergandingan dengan Farah Nabilah dalam drama bersiri Titian Cinta manakala Lofa pula digandingkan dengan bAlif Satar menerusi drama bersiri Red Velvet.

Tags / Kata Kunci: Neelofa , Zul Ariffin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan