Ibu Elfira Kata Putus, Ini Pula Jawapan Sufian Suhaimi! - Berita Hiburan | mStar

Ibu Elfira Kata Putus, Ini Pula Jawapan Sufian Suhaimi!

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 4:03 PM

Sufian tetap berpegang pada prinsip pertunangannya dengan Elfira masih belum berakhir.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Sufian Suhaimi tetap berpegang kepada prinsip pertunangannya dengan Elfira Loy masih belum berakhir selagi cincin yang diberikan masih bersama pelakon itu.

Sufian menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad memberitahu hubungannya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali ada campur tangan pihak ketiga.

"Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang.

"Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Ajar Netizen Pertikai Tak 'Show Off' Isu Putus Tunang

Ibu Elfira (kiri) mengesahkan pertunangan anaknya sudah berakhir.

Pada Sabtu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir baru-baru ini.

Pihaknya akan bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka dalam masa terdekat.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi Tukar Nombor Telefon, Enggan Diganggu Isu Putus Tunang

Keluarga Sufian ketika menghantar rombongan merisik pada Julai tahun lalu.

Elfira kini sedang berada di New York, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Mahadhir berkata, Sufian akan tampil memberikan kenyataan berhubung isu tersebut menerusi Instagramnya apabila tiba waktunya.

Malah Sufian akan menjawab mengenai dakwaan kononnya ibu Elfira terasa hati dengan Sufian yang didakwa mengeluarkan kenyataan di InstaStory mengatakan wanita itu adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.

"Itu nanti Sufian jawab sendiri di Instagram. Dia akan buat kenyataan bila sampai masanya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sufian Suhaimi , Elfira Loy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan