Persiapan Belum Buat Dynas Gementar Menanti April - Berita Hiburan | mStar

Persiapan Belum Buat Dynas Gementar Menanti April

Diterbitkan: Khamis, 15 Februari 2018 6:10 AM

Dyanas gementar menanti hari bahagia. Foto: SAMUEL ONG / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PELAKON drama Syurga Yang Kedua, Dynas Mokhtar mula berasa gementar menjelang hari pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada April ini.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, berkata dia masih belum membuat persiapan sepenuhnya dan bakal mengadakan satu sesi santai bersama media minggu depan bagi berkongsi hal itu.

"Jujurnya, perasaan gementar itu dah mula dirasai sebab tak lama sahaja lagi bulan April dan persiapan pun tak sepenuhnya.

Dynas buka restoran baharu, 4Play Publika.

"Insya-Allah, 20 Februari ini saya akan jemput semua rakan media ke restoran baharu saya, 4play Publika di Kuala Lumpur untuk borak-borak santai dan bercerita mengenai persiapan perkahwinan.

"Sebenarnya, ia bukanlah sidang media khusus tentang perkahwinan, tapi sajalah saya jemput nak buat makan-makan dengan rakan media," katanya kepada mStar Online.

Dynas Mokhtar ditemui semasa sidang media Peniagawati Pioneer In Women Entrepreneurship di Menara Matrade, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dynas bersama tunang, Shazrik serta dua anaknya, Khyra dan Haqaish.

Pelakon berusia 34 tahun ini bertunang dengan usahawan, Shazrik Din di kediaman keluarganya di Shah Alam, pada Oktober tahun lalu.

Sebelum ini, Dynas pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 namun mereka bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6 tahun.

Dynas sibuk dengan lakonan dan perniagaan.

Sementara itu, pelakon filem Tombiruo ini memberitahu dia agak sibuk dengan beberapa penggambaran drama dan perniagaan yang diceburi.

"Sekarang ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama KL Gangster Underworld untuk siaran iflix dan Inai Yang Hilang (NTV7).

"Mujurlah emak sanggup membantu perniagaan apabila saya terlalu sibuk dengan lakonan dan anak-anak pun faham ibu mereka sibuk bekerja," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Dynas Mokhtar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan