Iqram Dinzly Nyaris Ceroboh Persembahan Altimet! Kalau Tidak Jamah Buku Lima - Berita Hiburan | mStar

Iqram Dinzly Nyaris Ceroboh Persembahan Altimet! Kalau Tidak Jamah Buku Lima

Diterbitkan: Selasa, 13 Februari 2018 5:36 PM

Pelakon Nabila Huda turut membuat kemunculan pada persembahan Altimet pada AJL32.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap Altimet mendedahkan terdapat satu insiden belakang pentas, Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) melibatkan pelakon Iqram Dinzly yang menaikkan kemarahannya pada Ahad lalu.

Altimet secara sinikal mengucapkan syabas kepada petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram daripada membuat kemunculan selain dapat melindungi pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

"Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari 'kecederaan'.

Luahan Altimet di Twitter.

"Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit," tulisnya.

Pada acara itu, Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Manakala Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Aksi Iqram semasa penutup AJL32 ketika Hael Husaini membuat persembahan. Foto Mynewshub

Difahamkan tindakan Iqram itu tanpa persetujuan pihak produksi.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

"Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku 'chow'. Tak nak keruhkan keadaan," tambahnya lagi.

Tags / Kata Kunci: Altimet , AJL32 , Iqram Dinzly , Hael Husaini

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan