Tajul Serasi Dengan Wany Hasrita, Perlu Masa Wanita Lain - Berita Hiburan | mStar

Tajul Serasi Dengan Wany Hasrita, Perlu Masa Wanita Lain

Diterbitkan: Isnin, 5 Februari 2018 6:00 AM

Tajul selesa bergandingan dengan Wany Hasrita. Foto: SHAARI CHEMAT / The Star

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Tajul berkata dia lebih serasi bersama Wany Hasrita dan memerlukan sedikit masa untuk membina perasaan tersebut dengan penyanyi lain.

Menurut Tajul, 20, keserasian itu tercipta setelah mereka berduet dalam lagu Disana Cinta Disini Rindu pada tahun lalu.

"Sejujurnya, saya selesa bersama Wany dan kami mempunyai chemistry ketika berduet bersama. Mungkin sebab kami dah biasa dan masing-masing faham antara satu sama lain.

Tajul perlu masa untuk mencari keserasian dengan penyanyi wanita lain.

"Rasa-rasasnya kalau berduet dengan penyanyi wanita lain memerlukan sedikit masa untuk cipta keserasian itu. Cumanya, jika diberi peluang tak salah untuk saya mencuba," katanya kepada mStar Online.

Lagu Disana Cinta Disini Rindu ciptaan Patrick Kamis itu menerima sambutan pendengar dan mendapat lebih 11 juta tontonan di laman YouTube sejak dimuat naik pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua penyanyi remaja ini bakal bergandingan semula dalam lagu terbaharu berjudul Rindu Dalam Benci yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Gandingan Tajul dan Wany diterima ramai sehingga memenangi Anugerah Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era, baru-baru ini. Foto Instagram: @wanyhasrita

Sementara itu, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 24, berkata dia tiada masalah jika berduet dengan mana-mana penyanyi lelaki lain.

Malah, dia memilih untuk bersikap profesional dan menjadikan gandingan tersebut diterima ramai sama seperti lagu terdahulu.

"Saya tak kisah jika perlu berduet dengan penyanyi lain. Soal kerja saya kena profesional dan melakukan sebaik mungkin.

Wany meminati muzik irama etnik kreatif.

"Saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan ikhlas, Insya-Allah peminat akan terima dan tak salah kita cuba sesuatu yang baru.

"Lagipun sekarang ni saya banyak terima tawaran persembahan dengan penyanyi-penyanyi lelaki lain seperti Khai Bahar dan ramai lagi, jadi tak ada masalah tentang hal ini," katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Tajul bakal melancarkan mini album yang mengandungi lima buah lagu Mac ini.

Manakala, Wany pula akan muncul dengan lagu bergenre etnik kreatif ciptaan komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah berjudul Ewah-Ewah.

Tags / Kata Kunci: Tajul , Wany Hasrita

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan