Syafinaz Selamat Kini Bergelar Datuk - Berita Hiburan | mStar

Syafinaz Selamat Kini Bergelar Datuk

Diterbitkan: Khamis, 1 Februari 2018 11:26 AM

Syafinaz Selamat dianugerahkan dengan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Syafinaz Selamat dianugerahkan dengan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Syafinaz, 45, yang juga seorang konduktor dan guru vokal menerima anugerah itu bersama 69 indvidu lain.

Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi turut menerima pingat sama.

Popular menerusi lagu Ingin Bersamamu, Syafinaz juga adalah pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal 'master' untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.

Syafinaz pernah bertindak sebagai juri program AF Megastar.

Seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Tags / Kata Kunci: Syafinaz Selamat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan