Sering Balas Komen Manis... Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era? - Berita Hiburan | mStar

Sering Balas Komen Manis... Apa Hubungan Amira Othman, Radin Era?

Diterbitkan: Rabu, 31 Januari 2018 6:20 AM

Amira Othman menjelaskan apakah sebenarnya hubungan dia dengan Radin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amira Othman tidak mempunyai sebarang hibungan istimewa dengan penyampai radio Era FM iaitu Radin.

Amira, 25, berkata, tindakan Radin yang kerap memberi kata-kata manis atau 'pick up line' hanya sekadar gurauan semata-mata.

"Kami tiada hubungan istimewa pun, dia suka-suka sahaja mengacau, bukan saya seorang pun yang selalu dikacau.

"Kami hanya rapat sebagai kawan dan dia selalu menyokong kerjaya seni saya. Dia juga seorang kawan yang baik," ujarnya kepada mStar Online.


Amira ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Mimpi Indah di Flora Terrace, di sini, pada Selasa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hati-Hati ini digosipkan bercinta selepas kedua-duanya sering berbalas komen manis di laman sosial.

Dalam pada itu, Amira berkata, dia masih belum mempunyai teman istimewa dan berharap peminat tidak salah faham berkaitan perkara berkenaan.

"Saya tidak ada kekasih lagi dan kalau boleh biarlah bukan dalam kalangan orang industri. Tapi selalunya apa yang kita tak nak itulah kita dapat.

"Saya juga harap orang tidak salah faham dan menyangka kami bercinta," ujarnya.

Radin sebelum ini pernah dikaitkan dengan Ayda Jebat. Foto: Instagram Radin.

Sementara itu, bercerita tentang lagu Mimpi Indah, Amira berkata, dia mengambil masa hampir setahun untuk muncul karya itu.

Lagu tersebut merupakan ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.

"Genre lebih kurang sama sebab kami nak kekalkan konsep Hati-Hati dan Jaga-Jaga.

"Namun bagi Mimpi Indah kami perlahankan tempo sikit ala-ala lagu lullaby dan sebab itu juga saya memilih judul Mimpi Indah," ujar.

Sementara itu, Muzik video Mimpi Indah yang menampilkan aktor Idris Khan itu sudah boleh ditonton di YouTube sejak Selasa lalu

Tags / Kata Kunci: Radin , Amira Othman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan