Panahan Mata Adam Sinclair Buat Yuna ‘Cair’ - Berita Hiburan | mStar

Panahan Mata Adam Sinclair Buat Yuna ‘Cair’

Diterbitkan: Ahad, 28 Januari 2018 6:30 AM

Yuna memberitahu dia terpikat dengan mata Adam selain kagum dengan sikap rendah diri dan memahaminya. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Yuna mendedahkan dia mulai jatuh hati terhadap suaminya iaitu Adam Sinclair kerana pemuda itu mempunyai sepasang mata yang cantik.

Yuna atau Yunalis Zarai, 33, berkata, dia memilih Adam sebagai pasangan hidup kerana jejaka itu seorang yang memahami selain mereka mempunyai minat yang sama.

“Kami sebenarnya banyak persamaan dari pelbagai segi dan itu membuatkan saya selesa bersamanya.

Yuna dan Adam berkenalan ketika bekerjasama menerusi sebuah iklan televisyen pada 2013.

"Adam juga seorang yang tahu untuk buat saya berasa selesa dan dia seorang yang ‘cool’ selain sentiasa memahami dan positif.

“Tapi yang paling penting Adam mempunyai sepasang mata yang cantik!,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Mahu Rahsia, Tapi Privasi” - Yuna

Pasangan itu ditemui pada sesi bertemu media berhubung perkahwinan mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa.

Pasangan ini sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu. Foto Ihsan @weddingsbyqay

Pada Jumaat lalu, Yuna dan Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, selamat disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Puncak Rimba, Bentong Pahang dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan terdekat.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, Adam pula mendedahkan sebelum ini dia tidak pernah memberi perhatian terhadap karier muzik Yuna namun mula tertarik selepas menonton persembahan penyanyi itu menerusi program popular di Amerika iaitu Conan O’Brien Show.

Yuna dan Adam akan diraikan dalam majlis kenduri pada malam Ahad.

Bagaimanapun kata Adam, peluang bekerjasama dalam sebuah projek iklan televisyen pada 2013 sedikit sebanyak membuatkan dia ingin mengenali Yuna dengan lebih dekat.

“Ketika bekerjasama untuk iklan televisyen itu saya bertindak sebagai pengarah dan hampir 12 jam bersama di set penggambaran membuatkan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

“Walaupun ketika itu hubungan kami atas dasar profesional namun tiada wanita yang bertahan dengan saya hampir seharian membuatkan Yuna istimewa.

“Dia sangat istimewa dan mempunyai hati yang sangat baik dan itu membuatkan saya menyukai tentangnya walaupun dia adalah selebriti terkenal,” ujarnya.

Yuna bahagia disamping Adam.

Sementara itu, Yuna berkata, dia akan terus menetap di Los Angeles selepas berkahwin namun akan terus berulang-alik ke Kuala Lumpur seperti kebiasaan.

Kata Yuna, buat masa ini Adam akan mengikutnya pulang ke Amerika namun suaminya itu juga akan berulang-alik kerana kariernya memerlukan dia berada di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah walaupun mungkin berjauhan namun kami akan cuba sentiasa untuk menghabiskan waktu bersama. Sebelum ini pun kami sudah terbiasa dengan perhubungan jarak jauh jadi mungkin tidak akan menjadi masalah.

“Bagaimanapun Adam akan ikut saya ke Amerika dan mungkin dia akan membantu saya dengan kepakarannya sebagai pengarah untuk projek seni saya pada masa akan datang di Amerika,” jelasnya.

Adam menyarungkan cincin ke jari Yuna. Foto Ihsan @weddingsbyqay

Bercakap soal cahaya mata, pasangan ini sepakat untuk menyerahkan perkara itu kepada rezeki.

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran dan biarlah ia berlaku secara semula jadi,” katanya yang mungkin akan berbulan madu di Amerika Selatan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baharu itu akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad (malam ini).

Tags / Kata Kunci: Yuna , Adam Sinclair
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan