Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk - Berita Hiburan | mStar

Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk

Diterbitkan: Sabtu, 27 Januari 2018 11:52 AM

Tahniah, Fizz Fairuz kini bergelar Datuk. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Fizz Fairuz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu.

Suami kepada aktres Almy Nadia itu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 38, antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar mendahului senarai penerima pingat yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Almy bangga dengan pencapaian suami Fizz Fairuz.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Almy yang dihubungi mStar Online memberitahu mereka masih lagi berada dalam majlis istiadat berkenaan.

"Maaf, Almy masih lagi dalam istana kerana majlis belum lagi selesai," ujarnya.

Dia bagaimanapun, menerusi laman sosial Instagram pada malam Jumaat memuat naik foto dengan kapsyen tanda syukur.

"Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz," tulisnya.

Rata-rata pengikut laman sosial selebriti itu mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Fizz Fairuz , Almy Nadia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan