Joy Revfa Juga Dapat Tawaran Menyanyi - Berita Hiburan | mStar

Joy Revfa Juga Dapat Tawaran Menyanyi

Diterbitkan: Rabu, 24 Januari 2018 6:15 AM

Joy menerima tawaran menyanyi. Foto Instagram @joyrevfa

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida dan Nur Sajat melangkah sebagai penyanyi, usahawan kosmetik kontroversi iaitu Joy Revfa turut menerima tawaran serupa daripada sebuah syarikat rakaman.

Bagaimanapun, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, dia masih belum bersedia untuk ke arah itu namun bukan bermakna dia tidak berminat.

"Alhamdulillah sepas kontroversi perkahwinan rezeki saya lebih murah dan memang ada tawaran berlakon dan menyanyi untuk saya.

"Saya dapat lagu daripada seorang komposer Indonesia, tapi saya perlu fikir panjang dulu kerana suara saya tidak sedap. Saya tidak menolak tetapi belum bersedia lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Joy sentiasa berfikiran positif dan mahu mencuba perkara baru.

Joy ditemui pada majlis sidang media tudung Alif Syukri yang diadakan di Romah Makan Terlajak Laris, di sini, Selasa.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun lalu.

Joy Revfa dan Aliff Syukri.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupannya selepas kontroversi berkenaan, Joy berkata, dia sentiasa berkawan dengan orang yang positif.

"Orang tanya macam mana saya boleh kuat dan menjalani kehidupan selepas perkara itu, saya fikir apa yang saya lalui hanya sedikit berbanding orang lain.

"Saya fikir positif dan dikelilingi orang-orang positif. Saya sarankan juga wanita yang senasib dengan saya agar sentiasa motivasikan diri," ujarnya.

Joy Revfa mahu fokus dengan perniagaan.

Dalam pada itu, ditanya tentang kecaman, Joy berkata, dia masih menjadi perhatian di media sosial.

Namun, dia sudah lali dan menganggap teguran netizen sebagai tanda mereka ambil berat terhadap dirinya.

"Apa yang saya muat naik di laman sosial masih lagi ada yang komen bukan-bukan. Ada yang tegur saya sebagai wanita itu dan ini.

"Tapi tidak mengapa kerana ia merupakan salah satu cara mereka sayangkan saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Joy Revfa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan