Tiada Istilah Jual Anak - Syatilla Melvin - Berita Hiburan | mStar

Tiada Istilah Jual Anak - Syatilla Melvin

Diterbitkan: Selasa, 23 Januari 2018 6:30 AM

Syatilla Melvin menegaskan tidak timbul isu dia dan suami, pelakon Shaheizy Sam menggunakan anak mereka, Syeriv Samheizy sebagai punca pendapatan. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Syatilla Melvin berkata tiada istilah jual atau mempergunakan anaknya iaitu Syeriv Samheizy sebagai punca pendapatan dia dan suami iaitu pelakon Shaheizy Sam.

Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 27, berkata, pendapatan yang diperoleh itu adalah untuk simpanan masa depan kanak-kanak itu.

"Alhamdulillah rezeki dia sangat murah banyak tawaran dan kami juga merancang untuk keluarkan sendiri baju jenama Syeriv.

"Tiada istilah saya menjual anak atau mempergunakan dia kerana dari awal lagi saya sudah berbincang dengan suami bahawa pendapatan yang dia perolehi adalah untuk masa depan dia nanti," ujarnya.

Syatilla ditemui pada majlis sidang media pengumuman pencalonan awal Top 20 Anugerah Meletop Era 2018 (AME 2018) Syeriv Samheizy tersenarai antara 20 Si Cilik Meletop.

Syeriv tersenarai antara 20 si cilik Meletop.

Antara yang turut tersenarai ialah Lara Alana (anak Awal & Scha), Yusof Iskandar (anak Hairul Azreen & Hanis Zalikha), Aaisyah Dhia Rana (anak Zain & Che Ta), Aisy Mateen (anak Fadzil Zahari & Yana Samsudin), Keisha Laila (anak Nabila Huda dan bekas suami) dan Aqeef Anaqi (anak Amar Baharin dan Amyra Rosli).

Sementara itu, Syatilla mengakui kehadiran bayi tersebut memberi rezeki kepada rumah tangganya.

"Betul apa yang orang kata tentang rezeki anak. Saya nampak rezeki selepas melahirkan dia datang dalam pelbagai bentuk.

"Sekarang saya bersyukur ramai orang yang sayang dia dan mahu tengok dia," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang isu mengoncang tangan anak, Syatilla berkata, dia tidak mengkasari anaknya itu.

Syatilla dan Sam.

Katanya, apa yang dilakukan adalah gurauan biasa dan tidak mendatangkan bahaya dan kecederaan.

"Itu perkara biasa dan mana ada ibu bapa yang ingin cederakan anak mereka sendiri.

"Syeriv memang suka bila buat begitu cuma ketika dalam rakaman tidak nampak dia ketawa.

Bagaimanapun, saya ambil positif kecaman masyarakat dan saya sedar ramai yang ambil berat dan sayang dia," ujarnya.

AME2018 bakal berlangsung pada 8 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tags / Kata Kunci: Syatilla Melvin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan