Siti Nurhaliza Lancar Tabung Sitizoner - Berita Hiburan | mStar

Siti Nurhaliza Lancar Tabung Sitizoner

Diterbitkan: Ahad, 21 Januari 2018 6:25 PM

Siti lancar tabung Sitizoner pada Sabtu. Foto IG @rasafilm.co

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan penubuhan tabung kebajikan Sitizoner sempena ulang tahun ke-14 kelab peminatnya.

Siti, 39, berkata penubuhan tabung tersebut bertujuan membantu ahli kelab peminatnya yang ditimpa musibah atau kesusahan.

“Tabung ini dilancarkan pada hari ini sempena ulang tahun kelab peminat saya, Sitizoner. Penubuhan tabung itu bertujuan untuk membantu ahli kelab yang ditimpa musibah atau kesusahan.

“Insya-Allah ia akan berterusan setiap tahun. Tapi terpulang pada individu yang ingin menderma pada bila-bila masa.

“Saya dah anggap semua peminat seperti keluarga dan mereka harta saya. Hasil kutipan adalah sebahagian daripada yuran penyertaan untuk hadir pada majlis hari ini” kata Siti kepada mStar Online.

Sambutan ulang tahun Sitizoner meriah.

Siti ditemui ketika majlis ulang tahun Sitizoner yang ke-14 di Bizmilla Insya Hall, Kompleks Metro Pudu, Kuala Lumpur pada Ahad.

Empat orang peminat yang menerima sumbangan pada majlis berkenaan ialah Irham Hafidz, keluarga Allahyarham Darjadi Duprayitno Dapat dari Indonesia, Shaihanim Shariff dan dari Singapura zarina Omar atau dikenali sebagai Che Puteh.

Dalam pada itu, Siti memberitahu tabung tersebut sudah lama ditubuhkan namun hanya aktif di laman Facebook rasmi kelab peminatnya.

“Sebenarnya tabung ini dah lama wujud. Kalau yang mengikuti laman Facebook rasmi kelab peminat tahu mengenai perkara itu. Tapi hari ini baru diumumkan secara rasmi,” ujarnya.

Ulang tahun kelab peminat Siti itu dihadiri lebih 300 orang termasuk dari Singapura dan Brunei, Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan