Naim Daniel Utamakan Kualiti Berbanding Kuantiti - Berita Hiburan | mStar

Naim Daniel Utamakan Kualiti Berbanding Kuantiti

Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 6:30 AM

Naim berpendapat sebagai seorang selebriti seseorang itu perlu mengutamakan kualiti berbanding kuantiti dalam kerja dilakukan. Foto LOW LAY PHON.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Naim Daniel berpendapat seseorang selebriti itu perlu menjaga kualiti kerja berbanding kuantiti dalam memastikan karier yang dibina dapat berkekalan lama.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 21, berkata, dia menyedari ramai penggiat seni yang gemar melakukan banyak perkara dalam masa yang sama namun baginya dia lebih gemar fokus terhadap sesuatu perkara dalam satu masa.

"Segelintir penggiat seni sekarang yang saya perasan mereka suka ambil dan lakukan semua benda dalam masa yang sama.

"Saya cakap untuk saya dan semua orang. Kita kena berhati-hati dengan apa yang kita nak buat.

"Kena bersedia dengan semua akan datang. Tak boleh nak buat semua sekali nanti yang datang kuantiti bukan kualiti," kata Naim kepada mStar Online.

Naim ditemui ketika di pertandingan akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017 di Pejabat Utusan Malaysia, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Menurut Naim, buat masa kini dia hanya ingin memberi tumpuan sepenuhnya pada bidang yang baru diceburi iaitu nyanyian.

Naim fokus pada bidang nyanyian buat masa ini.

"Nyanyian salah satu minat saya sejak dulu lagi. Saya mula aktif menyanyi lagu 'cover' di laman Instagram pada awal tahun lalu.

"Saya nak mencuba nasib. Bagi saya, keutamaan untuk terjun mana-mana bidang ini kena buat betul-betul.

"Sebab itu buat masa sekarang fokus saya hanya pada bidang nyanyian terlebih dahulu. Tambahan pula, saya akan tampil dengan single pertama tidak lama lagi," ujarnya.

Naim yang kini diuruskan oleh syarikat rakaman WP Entertainment ini bakal mengeluarkan single pertama berjudul Sekali Lagi pada penghujung Januari.

Dalam pada itu, pelakon filem Bisik Pada Langit ini tidak terlintas untuk meninggalkan dunia lakonan biarpun lebih memberi tumpuan pada nyanyian.

"Seperti yang saya katakan, kualiti itu lebih pentang. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk kurangkan lakonan pada tahun ini untuk fokus nyanyian.

"Tapi saya tak akan tinggalkan dunia lakonan. Kalau ada tawaran berlakon, saya masih lagi pilih yang mana sesuai.

"Sebab lakonan ini dah ada dalam diri saya. Sayang kalau nak tinggalkan," kata Naim.

Tags / Kata Kunci: Naim Daniel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan