Fazura Tak Akan Sorok Sekiranya Hamil - Berita Hiburan | mStar

Fazura Tak Akan Sorok Sekiranya Hamil

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 6:40 AM

Fazura dan Fattah tidak akan berahsia jika benar sudah berbadan dua. Foto: SHAARI CHEMAT / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PELAKON Nur Fazura memaklumkan dia hanya bergurau mengatakan dirinya sedang mengidam ketika ditanya oleh seorang teman dalam sebuah video yang tersebar di Instagram, baru-baru ini.

Menurut Fazura, 34, rakaman tersebut telah dikongsi oleh seorang teman ketika dia dan suami, Fattah Amin sedang berbulan madu di Kota London, United Kingdom.

"Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan.

"Dalam video itu dia tanya dan saya saja-saja gurau sebab masih dalam mood berbulan madu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatimah Aishah, Fath Nama Anak Fattah, Fazura

Fazura dan Fattah berbulan madu di United Kingdom, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini mengulas mengenai persoalan tersebut menerusi temubual bersama sebuah program hiburan pada Isnin.

Sementara itu, Fazura berkata dia dan suami bakal menjalani pemeriksaan bagi mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Malah, dia juga turut berjanji tidak berahsia dan akan berkongsi berita gembira itu jika benar sudah hamil.

"Sejujurnya, saya sendiri tak tahu lagi mengandung ke tak! Nanti kami akan pergi buat pemeriksaan.

"Kalau ada berita baik kami akan kongsi dan kalau belum ada, mungkin belum rezeki lagi.

Peminat mengharapkan pasangan ini segera menimang cahaya mata.

"Buat masa ini doakan yang baik-baik ya," kata pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini.

Terdahulu, menerusi sebuah rakaman video, Fazura ditegur kerana makan pada kuantiti yang banyak dan dia sempat berseloroh dirinya sedang mengidam seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua.

Rakaman yang dimuat naik oleh pemilik Instagram @divaletopsdotcom itu mendapat lebih 100,000 tontonan di laman tersebut.

Rata-rata peminat melalui ruangan komen turut mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.

Fazura dan Fattah, 27, selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Tags / Kata Kunci: Nur Fazura , Fattah Amin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan