Johan As'ari Sedih Netizen Kritik Cara Mengaji - Berita Hiburan | mStar

Johan As'ari Sedih Netizen Kritik Cara Mengaji

Diterbitkan: Sabtu, 13 Januari 2018 6:15 AM

Johan sedih apabila ada netizen mengkritik caranya membacakan ayat suci Al-Quran. Foto Instagram: @johanarrif

(Ubah saiz teks)

PELAKON Johan As'ari meluahkan rasa terkilan dengan teguran kurang beradab segelintir pengikut laman Instagram miliknya.

Menurut Johan, 33, dia sering menerima komen tidak berhemah mempertikaikan bacaan Al-Quran yang dilakukan secara terbuka di laman sosial itu.

"Aku terima teguran, tetapi aku amat sedih dengan pengikut-pengikut ku di sini ada yang tiada adab.

"Mereka menegur aku salah itu salah ini dalam bacaan secara terbuka," tulisnya pada Jumaat.

Johan antara selebriti yang kerap memuat naik video mengaji di Instagram.

Menerusi kapsyen itu, Johan turut memuat naik rakaman video dia mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran.

Rakaman tersebut menerima lebih 100,000 kali tontonan dan hampir 3,000 pengikut memberikan tanda suka.

Dalam pada itu, Johan memberitahu masih mengingati pesanan gurunya yang mahu dia menjaga adab dalam perbualan dan berkasih-sayang dalam menegur insan lain.

"Guru ku tidak ajar ku untuk hilang adab. Guru ku ajar ku berkasih sayang.

Johan bersahabat baik dengan Iqram Dinzly.

"Alhamdulillah... aku semakin rajin mengaji Al-Quran," tulisnya.

Rata-rata peminat meninggalkan komen memuji sikap Johan yang sentiasa bersabar dengan komen negatif netizen yang diterima.

"Tidak perlu mengutuk seakan dia menunjuk-nunjuk kebaikan, apakah benar dia menunjuk? Siapakah kita untuk menghukum? Menjatuhkan hukum bukan ditangan manusia,".

"Teruskan keperibadian mulia sebegini. Kami sayang awak. Semoga Allah memberkati kamu selamanya," kata salah seorang netizen.

Tags / Kata Kunci: Johan As'ari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan