Wan Maryam Pilihan Fizo, Mawar - Berita Hiburan | mStar

Wan Maryam Pilihan Fizo, Mawar

Diterbitkan: Sabtu, 13 Januari 2018 11:11 AM

Fizo dan Mawar memberikan nama Wan Maryam kepada anak sulung mereka. Foto Instagram @fizoomar

(Ubah saiz teks)

SELEPAS dua minggu dilahirkan, pelakon dan usahawan Fizo Omar akhirnya mendedahkan memilih nama Wan Maryam untuk anaknya perempuannya yang dilahirkan pada 29 Disember lalu.

Fizo, 33, menerusi Instagram turut memberi penghargaan kepada isterinya, Mawar Abdul Karim yang bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka.

"Nama saya Wan Maryam Binti Wan Hafizol. Hari ini genap dua minggu umur saya. Terima kasih kepada yang mendoakan kami semua selama ini," tulisnya.

Terdahulu, Mawar, 29, selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.01 petang.

Mawar yang juga pengasas tudung Fareeda itu melahirkan bayi berkenaan secara pembedahan dengan berat 2.78 kilogram.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari 2016 selepas berkahwin lebih daripada dua tahun.


Tags / Kata Kunci: Wan Maryam , Fizo Omar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan