"Seperti Ada Sesuatu Yang Tidak Kena"- Azad Jazmin - Berita Hiburan | mStar

"Seperti Ada Sesuatu Yang Tidak Kena"- Azad Jazmin

Diterbitkan: Sabtu, 13 Januari 2018 6:35 AM

Azad Jazmin terkejut penahanan Farid Kamil.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azad Jazmin memberitahu terkejut dengan berita penahanan aktor dan rakan seperjuangannya, Datuk Farid Kamil pada Khamis lalu.

Azad atau Azad Jazmin John Louis Jeffri, 41, berkata, dia mengenali rapat pelakon Pinjamkan Hatiku itu sebagai seorang yang budiman dan sentiasa merendah diri.

"Sekenal aku dengan Datuk Farid dia seorang yang merendah diri, dia baik dengan orang. Namun apa yang aku dengar tentang dia membuatkan aku terkejut.

"Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Semoga kes ini dapat diselesaikan cara aman dan damai," ujarnya menerusi komen di laman sosial Farid.

“Berhenti Kecam, Farid Sedang Tertekan” - Sofi Jikan

Farid Alami Masalah Mental, Rindu Anak

Dalam pada itu, Azad menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya berharap netizen dan peminat-peminatnya tidak terus memberi komen negatif sehingga mengaibkan pelakon itu.

Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan perkara yang baik dan permudahkan urusan pelakon filem itu.

"Saya mohon netizen dan peminat-peminat saya tidak mengaibkan Datuk Farid Kamil kerana dia mempunyai anak-anak dan keluarga.

"Kalau kita nak komen negatif kita fikir masak-masak dahulu," ujarnya.

Terdahulu, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Tags / Kata Kunci: Azad Jazmin , Farid Kamil
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan