“Berhenti Kecam, Farid Sedang Tertekan” - Sofi Jikan - Berita Hiburan | mStar

“Berhenti Kecam, Farid Sedang Tertekan” - Sofi Jikan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Januari 2018 6:45 AM

Sofi Jikan mohon netizen tidak terus mengecam Farid Kamil.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan memohon orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil atas kejadian yang berlaku.

Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.

"Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.

"Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, " ujarnya kepada mStar Online.

Farid Kamil Sah Positif Dadah


Farid Kamil disahkan positif dadah.

Terdahulu, pada Khamis pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Beliau bagaimanapun, tiba-tiba bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Sofi menambah, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.

"Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita '300 artis berhutang dengan ah long.

"Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Sofi Jikan , Faris Kamil
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan