Kos Sara Hidup, Artis Ada Hak Beri Pendapat - Aishah - Berita Hiburan | mStar

Kos Sara Hidup, Artis Ada Hak Beri Pendapat - Aishah

Diterbitkan: Ahad, 7 Januari 2018 3:07 PM

Aishah

(Ubah saiz teks)

JUARA program Gegar Vaganza musim keempat Aishah menggesa semua pihak untuk menghormati dan tidak memperkecil pandangan para artis mengenai kos sara hidup.

Bercakap pada konvensyen Pakatan Harapan pada Ahad, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata selebriti mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka termasuk isu semasa.

"Apabila kami bangkitkan sesuatu, janganlah kecam kami. Kami mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan kami," katanya.

Penyanyi lagenda Sheila Majid baru-baru ini menarik perhatian umum dengan menyatakan pendapatnya di Twitter tentang peningkatan kos sara hidup.

Aishah berkata beliau berdiri sebagai seorang artis yang pernah berada dalam industri selama lebih dari 30 tahun dan tidak mahu mempolitikkan perkara itu.

"Kami menyuarakan kerana sebarang keputusan politik akan memberi kesan kepada kami, jangan cuba menghalang kami kerana kami juga profesional," katanya.

Aishah menambah bahawa selebriti tidak boleh diskriminasi jika Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

"Jangan lupa kita apabila kamu berkuasa. Jangan jemput kami hanya ketika kempen, tetapi selepas itu, lupa tentang kami," tambahnya.

Aishah memulakan kerjaya nyanyian dengan kumpulan Aishah dan The Fan Club dari New Zealand pada akhir 1980-an dan awal 1990-an.

Kumpulan tersebut memenangi Artis Antarabangsa Terbaik di Anugerah Muzik New Zealand pada tahun 1991 dan kemudian berpecah tidak lama selepas itu.

Aishah, yang merupakan pelajar di New Zealand kemudian, memutuskan untuk kembali ke Malaysia dan aktif sebagai artis solo yang merakam lagu dalam bahasa Melayu.

Dia menjadi popular dengan lagu Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Cinta Beralih Arah dan Bahtera Merdeka.

Aishah mula aktif berpolitik apabila bertanding dengan kerusi Parlimen Jempol untuk PAS dalam pilihan raya ke-13 menentang calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Tags / Kata Kunci: Aishah , GV4 , Pakatan Harapan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan