“Jangan Babitkan Arwah Bapa” - Syura - Berita Hiburan | mStar

“Jangan Babitkan Arwah Bapa” - Syura

Diterbitkan: Sabtu, 6 Januari 2018 2:33 PM

Syura terkilan apabila ada netizen yang mengaiktan keluarganya di laman sosial.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Syura terkilan apabila ada segelintir pihak yang mengaitkan ibu bapa dan keluarganya dalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadapnya di laman sosial.

Syura atau Zuraidah Badron, 31, menerusi Instagram memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada yang ingin mencacinya namun memohon agar tidak melibatkan keluarganya.

"Kepada semua netizen, katalah apa pun kepada saya... makilah say, cacilah saya... tapi tolong jangan babitkan insan paling berharga dalam hidup saya dan dia pun dah tiada kat dunia ini lagi.

"Jangan babitkan arwah bapa saya dan keluarga saya... saya mohon sangat," katanya.

Syura memuat naik status itu sebagai respon tulisan seorang netizen yang mendakwa Syura lupa diri sejak bergelar artis.

Malah menerusi pendedahan itu, keluarganya juga turut dikaitkan berubah sikap terhadap penduduk tempat tinggal mereka.

Sementara itu, Syura menerusi status sama memberitahu sudah tiba masanya dia berkongsi mengenai kisah kehidupannya dengan peminat.

Bagaimanapun katanya, apa dilakukan itu bukan meraih simpati tetapi sekadar untuk mepertahankan diri daripada segala tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadapnya.

"Dah sampai waktunya saya berkongsi siapa saya, bagaimana kehidupan saya yang dahulu, apa yang saya buat ketika kecil.

"Bukan untuk raih simpati tetapi hanya untuk mempertahankan diri," katanya yang akan membuat video 'live' di Instagram pada pukul 9 malam ini (Sabtu).

Tags / Kata Kunci: Syura , Instagram
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan