Janna Nick, Ajak Hos Baru Melodi - Berita Hiburan | mStar

Janna Nick, Ajak Hos Baru Melodi

Diterbitkan: Khamis, 4 Januari 2018 5:38 PM

Janna dan Ajak merupakan hos baharu untuk program Melodi. Foto: TV3

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick dan Ajak (Shiro) bakal menggalas tugas sebagai hos baharu program hiburan Melodi bermula Ahad ini.

Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Zurina Othman berkata, Janna dan Ajak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menarik penonton rancangan hiburan itu.

"Bukan mudah bagi kami untuk menentukan barisan pengacara baru Melodi yang sudah menjadi jenama kukuh dalam hati penonton untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini.

"Kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.

Janna mampu menarik penonton muda.

"Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar Online.

Melodi bersiaran setiap hari Ahad pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang di TV3.

Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan dalam program infotainment itu ialah Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin.

Sebelum ini, program tersebut dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG.

Tags / Kata Kunci: Janna Nick , Ajak Shiro
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan