Apa Jadi Rumah Tangga Isma, Zul? - Berita Hiburan | mStar

Apa Jadi Rumah Tangga Isma, Zul?

Diterbitkan: Selasa, 2 Januari 2018 2:37 PM

Rumah tangga hampir 20 tahun kini dilanda masalah.

(Ubah saiz teks)

TIRAI tahun baharu 2018 dibuka dengan berita kurang enak apabila timbul khabar angin kononnya rumah tangga penyanyi Isma (AF7) dan komposer Zul 2 By 2 sedang berhadapan masalah.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga hampir 20 tahun itu disyaki mempunyai masalah rumah tangga apabila kedua-dua mereka memuat naik status luahan perasaan di Instagram masing-masing.

Isma menggambarkan situasi rumah tangganya yang sedang bermasalah.

Bagaimanapun, Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail, 38, ketika dihubungi mStar Online bertindak untuk memberi sebarang komen sebaliknya meminta agar pertanyaan berkaitan hal rumah tangga diajukan kepada Zul nama sebenarnya Zulkifli Majid.

"Tanya abang Zul, jangan tanya akak," jawabnya ringkas kepada mStar Online pada Selasa.

Isma yang juga kakak kepada penyanyi Tomok, pada Khamis lalu memuat naik foto bertudung dengan kapsyen yang mengundang tanda tanya netizen.




Kemudian, pada Ahad, dia turut meluahkan perasaan yang menyatakan hatinya telah hancur akibat perbuatan orang tersayang.

Manakala, Zul pula pada awal November lalu juga memuat naik status bahawa sedang berhadapan dengan tekanan perasaan.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk bercakap dengan komposer tersebut gagal kerana dia tidak memberi respons terhadap panggilan yang dibuat.

Status dimuat naik Zul pada 1 November lalu.


Berita kekeruhan rumah tangga Zul dan Isma sebelum ini pernah diperkatakan apabila timbul isu kononnya Zul berkahwin lain dan ia dinafikan oleh komposer tersebut.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

Tags / Kata Kunci: Isma Ismail , Zul 2 By 2
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan