Tajul Pertahankan As'ad Motawh Menyanyi Sumbang - Berita Hiburan | mStar

Tajul Pertahankan As'ad Motawh Menyanyi Sumbang

Diterbitkan: Khamis, 28 Disember 2017 6:30 AM

Tajul memberitahu bukan mudah untuk menyanyi pada waktu pagi.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Tajul Ariff tampil mempertahankan bakat baharu iaitu As'ad Motawh yang menerima kecaman hebat daripada netizen berhubung kegagalannya menyanyi dengan baik menerusi sebuah program di Indonesia baru-baru ini.

Tajul menerusi Insta Story miliknya memberitahu dia boleh memahami keadaan As'ad kerana bukan mudah untuk menyanyi lagu bernada tinggi terutamanya pada waktu pagi.

"Saya bukan nak 'back-up' kawan tapi waktu pagi memang susah nak menyanyi dan itu memang kenyataan.

"Malah saya sendiri pernah alami masalah menyanyi pada waktu pagi," tulisnya.

Dalam pada itu, Tajul meminta agar netizen tidak terus mengecam As'ad dan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap situasi dihadapi oleh remaja berusia 16 tahun itu.

As'ad menerima kritikan hebat netizen.

"Anda semua janganlah kecam dia... nilailah sendiri.

"Cuba korang kat tempat dia dengan menyanyi nada tinggi, tak kena dengan suara dia... memang tak boleh tarik," katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai amalannya sekiranya perlu mengadakan persembahan pada waktu pagi, Tajul berkata, kebiasaannya dia akan memanaskan suaranya sekurang-kurangnya sejam sebelum persembahan.

Terdahulu, netizen mengecam As'ad ekoran kegagalan penyanyi itu menyampaikan lagu Asal Kau Bahagia bersama Armada Band dan menyifatkan ia kejadian memalukan.

Malah ada melabel As'ad sebagai artis yang berlandaskan rupa dan bukannya bakat nyanyian.

Tags / Kata Kunci: Tajul Ariff , As'ad Motawh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan