Penerbit Drama Persoal Caj RM5,000 Di Putrajaya - Berita Hiburan | mStar

Penerbit Drama Persoal Caj RM5,000 Di Putrajaya

Diterbitkan: Jumaat, 22 Disember 2017 5:18 PM

Jurey berharap pihak Perbadanan Putrajaya berbincang dengan persatuannya untuk mencari kaedah perningkatan caj baharu tersebut. Foto: FAIHAN GHANI.

(Ubah saiz teks)

PENERBIT dan pengarah drama iaitu Datuk Jurey Latiff Rosli memohon pihak Perbadanan Putrajaya menjelaskan keputusan menaikkan kadar caj bagi penggunaan lokasi penggambaran di kawasan itu.

Jurey yang juga Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia berpendapat peningkatan caj yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2018 memberi kesan kepada kos penerbitan.

"Pihak Persatuan Penerbit Televisyen mahukan penjelasan atas keputusan Perbadanan Putrajaya menaikan kadar caj bagi penggunaan lokasi pengambaran di Putrajaya berkuatkuasa 1 Januari 2018.

"Peningkatan caj ini terpaksa ditanggung syarikat produksi dan ianya sudah tentu meningkatkan kos penerbitan," kata Jurey pada Jumaat.


Kenyataan Jurey di laman sosialnya.

Menurutnya lagi, Putrajaya antara lokasi yang menarik  dan sentiasa menjadi tumpuan syarikat penerbitan.

Pihaknya berharap keputusan tersebut dapat ditangguhkan agar satu perbincangan dapat dibuat untuk mencari kaedah penetapan caj dalam keadaan harga pembelian program TV masih rendah dan kos semakin meningkat.

"Putrajaya adalah lokasi yang menarik bagi memaparkan imej negara sudah tentu menjadi tumpuan syarikat penerbitan.

"Pihak persatuan berharap Perbadanan Putrajaya dapat menangguhkan serta berbincang dengan kami.

"Bagi mencari kaedah penetapan caj dengan mengambil kira harga pembelian program TV masih rendah dan kos semakin meningkat," tulisnya.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Perbadanan Putrajaya pada Khamis, kadar baharu bagi permohonan penggambaran di kawasan platium dikenakan RM5,000 sehari.

Manakala lain-lain kawasan sebanyak RM2,000 sehari dan deposit pada kadar rata sebanyak RM5,000 bagi setiap permohonan.

Tags / Kata Kunci: Jurey Latiff

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan