Hebat Tak? Aliff Syukri Dah Dapat Undangan Menyanyi

Diterbitkan: Jumaat, 22 Disember 2017 6:10 AM

Aliff menyerahkan urusan undangan menyanyi pada pihak pengurusan KRU. Foto: SHAARI CHEMAT.

(Ubah saiz teks)

PENGASAS kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sudah menerima beberapa undangan menyanyi semenjak mengeluarkan single pertama, Abang Nak Tegur.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, berkata syarikat rakaman KRU Music yang akan menguruskan segala undangan persembahan berkaitan lagu tersebut.

"Saya sudah terima beberapa undangan menyanyi. Memandangkan saya kini bawah pengurusan syarikat rakaman KRU Music, jadi mereka yang akan uruskan.

"Apa sahaja persembahan yang memerlukan saya menyanyi lagu tersebut akan diuruskan mereka. Saya hanya ikut sahaja.

Dari kiri - Nur Sajat, Norman Abd Halim, Aliff, Shahida, Lisa Surihani dan Yusry ketika majlis pelancaran Abang Nak Tegur 2.0.

"Tapi kena juga tengok pada jadual saya. Kalau kebetulan waktu itu tidak ada apa-apa, barulah akan terima undangan tersebut," kata Aliff kepada mStar Online.

Aliff ditemui ketika sidang media pelancaran single terbarunya, Abang Nak Tegur 2.0 duet bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Aliff, peluang menjadi artis rakaman yang ditawarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim itu satu impian yang dia idamkan sejak sekian lama lagi.

Aliff teruja dapat tawaran jadi artis dibawah syarikat KRU.

Malah, pengasas produk kecantikan D'Herbs ini berharap pendengar memberi sokongan pada lagu ciptaan Edry itu yang sekadar hiburan.

"Saya teruja dapat tawaran dari pihak KRU kerana dari kecil lagi saya suka untuk dikenali sebab saya sudah biasa hidup susah.

"Malah, KRU adalah satu nama besar yang tak mungkin saya tolak begitu sahaja. Saya menyanyi sekadar nak penuhi impian bukan mahu meraih gelaran vokal terbaik.

"Harapan saya pendengar memberi sokongan kepada lagu saya sebagai satu hiburan. Ia adalah karakter semula jadi saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff tidak mengeluarkan bajet sendiri untuk muzik video lagu tersebut yang dilakukan di Sepanyol baru-baru ini.

Kata Aliff, segala kos perbelanjaan bagi menyiapkan klip video itu dikeluarkan sendiri oleh pihak KRU.

"Orang salah faham cakap saya keluarkan duit sendiri untuk buat muzik video di Sepanyol. Jujurnya, saya tak keluar walau sesen pun duit.

"Saya adalah artis rakaman KRU selama dua tahun. Jadi, saya bekerja di bawah mereka. Semua itu adalah perancangan pihak mereka termasuklah bajet yang dikeluarkan," katanya.

Muzik video arahan Yusry Abd Halim yang turut menampilkan usahawan Nur Sajat itu dijangka siap pada Januari tahun hadapan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan