Empat Kepimpinan Utama WHAM Pertahan Jawatan - Berita Hiburan | mStar

Empat Kepimpinan Utama WHAM Pertahan Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 20 Disember 2017 7:03 AM

Kepimpinan WHAM bagi penggal 2017-2020 iaitu dari kiri (duduk) Raja Nurfatimah Mawar, Nor Asikin, Tengku Khalidah, Niezam, Shamsul Azree dan Hartati. Berdiri dari kiri; Rosli, Fairoz, Rudy Imran, Tengku Suzana, Hanisah, Sudirman, Syed Mussaddad, Joha dan Farol Hadi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat penyandang jawatan utama, kepimpinan Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) kekal menerajui persatuan dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2017 yang diadakan di SukeSucre Bistro, Cheras di sini malam Selasa.

Pengarang Hiburan Pancaindera, Mingguan Malaysia, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin mempertahankan jawatannya sebagai Presiden dengan undi sebulat suara tanpa pencabar.

Editor Hiburan mStar Online, Niezam Abdullah kekal dipilih menerajui WHAM sebagai Timbalan Presiden.

Penolong Pengarang Hiburan, Utusan Malaysia, Nor Asikin Hassan dipilih semula sebagai Setiausaha manakala bagi jawatan Penolong Setiausaha, ia disandang oleh wajah baharu, wartawan hiburan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir.

Dalam pada itu, Editor Hiburan Berita Harian, Shamsul Azree Shamshir dipilih sebagai Ketua Penerangan manakala bagi jawatan Bendahari, ia kekal disandang oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bpop).

Antara ahli WHAM yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan WHAM yang diadakan di SukeSucre Bistro, Cheras pada Selasa.

Ahli-ahli turut memilih tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) WHAM yang terdiri daripada Hanisah Selamat (Berita Harian), Fairoz Azizan (Berita Harian), Syed Mussaddad Syed Mahdi (Mingguan Malaysia), Hartati Hassan Basri (Harian Metro), Rudy Imran Shamsudin (Harian Metro), Farol Hadi Mustafa (Insta Online) dan Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!).

Editor Hiburan Utusan Karya Sdn Bhd iaitu Noor Joha Ahmad dan Editor Gondang Online, Mohd Rosli Manah dilantik sebagai Juruaudit.

Kesemua pemilihan ini bagi tempoh penggal 2017-2010.

Dalam pada itu Tengku Khalidah dalam ucapannya berharap para wartawan agar terus bersatu dalam memperkukuhkan hubungan ketika dunia kewartawanan hiburan semakin diperlekehkan.

“Dalam beberapa kes mahkamah melibatkan artis dan pihak media, kita berjaya membuktikan kita bersatu yang akhirnya membawa kejayaan kepada institusi hubungan dalam kewartawanan hiburan itu sendiri.

“Malah saya juga berpandangan, adalah perlu kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menanggani isu buli siber dalam kalangan netizen ketika ini,” katanya.

Berikut ini  senarai penuh Jawatankuasa, WHAM  bagi tempoh 2017-2020.

Presiden - Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin (Mingguan Malaysia)

Timbalan Presiden - Niezam Abdullah (mStar Online)

Ketua Penerangan: Shamsul Azree Shamshir (Berita Harian)

Setiausaha Kehormat – Nor Asikin Hassan (Utusan Malaysia)

Penolong Setiausaha - Sudirman Mohd Tahir (Harian Metro)

Bendahari - Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Berita Harian)

Ahli Jawatankuasa 

1. Hanisah Selamat (Berita Harian)

2. Fairoz Azizan (Berita Harian)

3. Farol Hadi Mustafa (Insta Online)

4. Syed Mussaddad Syed Mahdi (Mingguan Malaysia)

5. Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo)

6. Rudy Imran Shamsudin (Harian Metro)

7. Hartati Hassan Basri (Harian Metro)

Juru Audit

1. Mohd. Rosli Manah (Gondang Online)

2. Noor Joha Ahmad (Utusan Karya Sdn Bhd)

Tags / Kata Kunci: WHAM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan