“Bukan Tak Mahu, Nanti Dulu” – Aeril Zafrel - Berita Hiburan | mStar

“Bukan Tak Mahu, Nanti Dulu” – Aeril Zafrel

Diterbitkan: Rabu, 20 Disember 2017 7:12 AM

Aeril dan Wawa belum ada perancangan untuk menambah zuriat. Foto Instagram: @aeril_zafrel.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Aeril Zafrel tidak mempunyai perancangan untuk menambah zuriat yang ketiga buat masa sekarang.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, berkata dia mahu kehidupan keluarganya dalam keadaan stabil terlebih dahulu.

"Saya dan Wawa tidak ada lagi perancangan untuk menambah anak yang ketiga dalam waktu terdekat ini.

"Bukan tidak mahu cuma nanti dulu. Saya mahu pastikan kehidupan keluarga stabil terlebih dahulu sebelum tambah anak lagi.

"Saya pun ada merancang untuk pindah rumah, jadi biarlah kami fokus pada kerja dan bila semua dah stabil barulah fikir tentang anak ketiga,” kata Aeril kepada mStar Online.

Aeril mahu memberi tumpuan pada kedua anaknya yang masih kecil.

Aeril ditemui ketika sidang media drama terbaru Astro berjudul Mandatori bertempat di GSC, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah suami kepada pelakon Wawa Zainal ini, dia tidak mahu terlalu terburu-buru memandangkan kedua anaknya, Ahmad Fakhruddin Attar, 4, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2 masih kecil.

Malah, Wawa juga ada mempunyai beberapa perancangan untuk membawa keluarganya bercuti di luar negara dalam waktu terdekat.

"Lagipun anak pertama dan kedua masih kecil. Saya dan Wawa perlu beri tumpuan sepenuhnya pada mereka.

"Tambahan pula, Wawa pun mempunyai beberapa perancangan untuk bercuti ke luar negara, jadi saya ikutkan sahaja," ujarnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla.

Tags / Kata Kunci: Aeril Zafrel , Wawa Zainal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan