Untung Neves Dapat Isteri Tak Cerewet

Diterbitkan: Isnin, 18 Disember 2017 6:10 AM

Sikap Liana yang menyenangkan membuatkan Neves tertarik untuk menjadikan isteri. Foto: QARAMI HASHIM

(Ubah saiz teks)

VOKALIS kumpulan Pretty Ugly, Neves memberitahu sikap tidak cerewet isterinya, Noorliana Umar membuatkan dia terpikat untuk melamar wanita itu menjadi teman hidupnya.

Neves, 43, berkata, Liana seorang wanita yang mudah dibawa berbincang dan tidak banyak ragam sepanjang dua tahun perkenalan.

"Selain orangnya yang cantik, saya terpikat dengan peribadinya yang tidak cerewet dan menyokong apa saya lakukan.

"Kami 'sekepala' dan berkongsi minat yang sama dalam banyak perkara, dia juga seorang wanita yang baik hati dan itu membuatkan saya tertarik untuk menjadikannya isteri," katanya kepada mStar Online.

Neves atau nama sebenar Raizan Zainal Abidin sah bergelar suami kepada Liana, 36, dalam sebuah majlis yang diadakan di Surau Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Ahad.

Neves (Pretty Ugly) Bergelar Suami Pada Usia 43 Tahun

Neves dan isteri berkongsi minat yang sama.

Pasangan ini mula berkenalan ketika menyertai sebuah program larian amal yang dianjurkan di ibu negara pada tahun 2015.

"Kami mula kenal semasa menyertai larian amal. Rupanya kami berkongsi minat yang sama dan bermula daripada situ hubungan menjadi lebih rapat.

"Alhamdulillah, tak sangka akhirnya kami dijodohkan bersama dan persahabatan itu berakhir sebagai suami-isteri," katanya.

Sementara itu, Liana pula berkata, dia menerima lamaran Neves bukanlah kerana lelaki itu adalah seorang penyanyi.

Sebaliknya, semasa awal pertemuan dia hanya mengenali Neves sebagai seorang peserta dalam acara larian tersebut.

Dengan sekali lafaz, Neves sah bergelar suami kepada Liana.

"Saya mula mengenalinya di program larian, jadi saya anggap dia macam peserta biasa sahaja sampailah saya tahu dia seorang penyanyi.

"Sepanjang persahabatan, saya tak rasa pun dia itu seorang artis, kami melalui saat indah bercinta sama seperti orang lain," katanya yang akan terus menyokong karier seni suami.

Ditanya perancangan memiliki cahaya mata, Neves sudah bersedia bergelar bapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

"Soal anak, kami sudah bersedia menerimanya secepat mungkin, namun itu semua bergantung kepada rezeki.

"Kami akan bercuti ke Singapura 1 Januari ini, bukanlah berbulan madu sangat pun, lebih kepada makan-makan dan jalan-jalan saja," selorohnya.

Tags / Kata Kunci: Neves , Pretty Ugly

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan