“Tak Nak Susahkan Orang” - Sherry Ibrahim - Berita Hiburan | mStar

“Tak Nak Susahkan Orang” - Sherry Ibrahim

Diterbitkan: Ahad, 17 Disember 2017 6:20 AM

Sherry Ibrahim kembali berlakon selepas hampir setahun memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

(Ubah saiz teks)

SEJAK kebelakangan ini kelibat Sherry Ibrahim sudah jarang menghiasi drama di televisyen sehingga ada menyangka dia sudah tidak berminat berlakon.

Sherry ketika ditemui mengakui akan hakikat itu namun menjelaskan kesibukannya menguruskan perniagaan kosmetik yang turut memperlihatkan dia bertindak sebagai pengasas bersama membataskan waktunya untuk menerima tawaran berlakon.

"Sebenarnya saya tak pernah berehat daripada lakonan cuma sepanjang tahun ini sibuk dengan aktiviti promosi produk sehingga tiada waktu nak berlakon.

"Alhamdulillah tawaran itu memang ada cuma saya pula tidak suka buat pelbagai perkara dalam satu masa jadi terpaksa tolak.

Sherry Ibrahim bakal ke Abu Dhabi.

"Tambahan pula saya tak nak menyusahkan orang lain kerana tahu pasti akan timbul masalah apabila terlalu banyak perkara dibuat dalam masa serentak," katanya.

Bagaimanapun kata Sherry, dia kini kembali aktif berlakon kerana sedar perlu menyeimbangkan perniagaan dan kerjayanya sebagai pelakon apabila muncul dalam drama 70 episod berjudul Syurga Yang Kedua.

"Alhamdulillah hasrat nak berlakon dapat juga itu pun kerana rangka promosi produk sudah selesai untuk tahun ini dan boleh saya terima tawaran.

"Peminat pun sering bertanya bila hendak berlakon kembali dan diharap Syurga Yang Kedua dapat mengubat rindu peminat," jelasnya.

Malah kata Sherry, dia juga bakal memasuki set penggambaran drama bersiri terbitan RTM berjudul Pelangi Cinta Abu Dhabi pada Januari ini.

Barisan pelakon Syurga Yang Kedua.

"Saya bimbang juga hendak berlakon dalam projek baru ini kerana penggambaran dilakukan selama sebulan di Abu Dhabi.

"Tetapi nasib baik saya ada pekerja-pekerja yang boleh dipercayai dan berdedikasi untuk membantu kelancaran perjalanan perniagaan kosmetik sepanjang ketiadaan saya," ujarnya.

Syurga Yang Kedua sebuah drama adaptasi sinetron Indonesia turut membariskan pelakon seperti Fasha Sandha, Zarul Husin, Elizad, Azizah Mahzan, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar dan Afifah Nasir.

Ia sedang disiarkan menerusi slot Tiara pada setiap Isnin hingga Jumaat , 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

Tags / Kata Kunci: Syurga Yang Kedua , Sherry Ibrahim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan